STR 2026 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN FASA 3

STR 2026 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN FASA 3

Daripada lebih 10 juta permohonan yang dihantar, mungkin hanya 5.2 juta sahaja yang memenuhi syarat-syarat kelayakan serta terpilih layak untuk terima bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bagi bayaran Fasa 3 2026.

Bagaimanakah cara semakan status STR 2026? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA KIRA DIVIDEN ASB 2025 : UNTUK ASB LOAN 100K, 200K, 50K (PANDUAN LENGKAP)

SEMAKAN SYARAT STR 2026

Sila buat semakan sama ada anda memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai penerima bantuan STR yang ditetapkan atau tidak :

  • Syarat Kelayakan Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia.
    • Tiada had umur.
    • Berkahwin / ibu bapa tunggal.
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40); atau
    • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Syarat Kelayakan Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 60 tahun dan ke atas.
    • Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada tanggungan anak).
    • Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak lebih RM5,000.
  • Syarat Kelayakan Bujang :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur 21 hingga 59 tahun.
    • Belum berkahwin / Balu / Janda / Duda (tiada tanggungan anak).
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.

STR 2026 SEMAKAN STATUS

Untuk memastikan sama ada anda layak atau tidak terima bantuan STR untuk tahun 2026, sila buat semakan status melalui Portal Rasmi MySTR seperti panduan berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KADAR BANTUAN STR 2026

Berikut adalah kadar bantuan STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 bersama dengan bantuan SARA :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR
BANTUAN STR
(SETAHUN)
KADAR
BANTUAN SARA
(SETAHUN)
Isi Rumah B40RM700 (0 anak)
RM1200 (1-2 anak)
RM1700 (3-4 anak)
RM2200 (>5 anak)
RM1200
atau
RM2400
Isi Rumah M40RM200 (0 anak)
RM450 (1-2 anak)
RM700 (3-4 anak)
RM950 (>5 anak)
RM1200
atau
RM2400
Warga EmasRM600RM600
atau
RM1800
BujangTiada STR,
hanya SARA
RM600
atau
RM1200

Nota: Bantuan SARA akan diagihkan setiap bulan, serta penerima yang berdaftar dengan e-Kasih akan menerima bantuan SARA dengan jumlah maksimum.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR 2026 FASA 3

Sila buat semakan mengenai jumlah bantuan STR 2026 bagi Fasa 3:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN STR 2026
(FASA 3)
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah
Tiada anak : Belum Diumumkan
1 hingga 2 anak : –
3 hingga 4 anak : –
5 anak & ke atas : –
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : Belum Diumumkan
1 hingga 2 anak : –
3 hingga 4 anak : –
5 anak & ke atas : –
Warga Emas Tiada Pasangan
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM5,000 dan Ke Bawah
Belum Diumumkan
Bujang
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah

KAEDAH TERIMA STR 2026

Penerima yang layak akan terima bantuan STR melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH TERIMA BANTUAN STR
Penerima Ada Akaun BankTunggu bantuan STR dikreditkan dalam
akaun bank penerima setiap fasa
Penerima Tiada Akaun BankTuntut bantuan STR di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
pada setiap fasa

JADUAL AGIHAN STR 2026

Jadual agihan bayaran bantuan STR untuk tahun 2026 sebahagiannya telah diumumkan dan telah dilaksanakan dan sebahagian lagi masih belum diumumkan. Namun, dijangka dilaksanakan seperti jadual berikut :

PERINGKAT
PELAKSANAAN
JADUAL AGIHAN STR
Fasa 110 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Ogos 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 4November 2026
(akan dikemaskini)

TARIKH BANTUAN STR 2026 FASA 3

Sehingga kini, tarikh bantuan STR 2026 terutama bagi Fasa 3 belum lagi diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Sekiranya terdapat pengumuman, pihak kami akan segera memuatkannya di sini.

RUJUKAN LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pd.

Leave a Comment