CARA PERMOHONAN BANTUAN STR – FASA 3 2026
Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sentiasa dibuka supaya rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon dan mendapatkan bayaran tunai untuk Fasa ke-3 dan ke-4 yang akan dilaksanakan sebelum penghujung tahun 2026.
Bagaimanakah cara permohonan Bantuan STR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA TUNTUT MYSALAM – PANDUAN LENGKAP
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN STR
Beriku merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon Bantuan STR :
| SYARAT | KELAYAKAN ISI RUMAH | KELAYAKAN BUJANG |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas | 21 – 59 tahun atau 60 tahun ke atas (Warga Emas) |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak masih tanggungan) | Belum berkahwin atau Balu / Bercerai (tiada anak / tiada yang masih tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | B40 : RM2,500 dan ke bawah atau M40 : RM2,501 hingga RM5,000 | Bawah RM2,500 atau Tidak lebih RM5,000 (Warga Emas) |
CARA PERMOHONAN BANTUAN STR
Ikuti panduan lengkap cara permohonan Bantuan STR di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN STR
Jika permohonan telah dikemukakan, status kelayakan boleh disemak seperti berikut :
- Pada Portal Rasmi STR, klik butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor MyKad pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelulusan permohonan Bantuan STR Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Untuk bayaran Bantuan STR Fasa Ke-3, penerima akan menerima bayaran sebanyak jumlah berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM150 hingga RM650 (bergantung jumlah anak) |
| Isi Rumah M40 | RM100 hingga RM350 (bergantung jumlah anak) |
| Bujang (Warga Emas) | RM150 |
| Bujang | – |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima-penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan STR Fasa Ke-3 pada tarikh seperti berikut :
| CARA TERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Pengkreditan dalam akaun bank | Ogos 2026 |
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Ogos 2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/