SEMAK BANTUAN LESEN PERCUMA – KELAYAKAN PENERIMA 2026

SEMAK BANTUAN LESEN PERCUMA – KELAYAKAN PENERIMA 2026

Adakah anda tergolong dalam kumpulan B40 atau penerima bantuan kerajaan yang belum mempunyai lesen memandu? Langkah untuk semak bantuan lesen percuma kini semakin mudah melalui inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kerajaan Malaysia.

Melalui Program MyLesen B2, kerajaan menyediakan tajaan penuh yuran latihan dan ujian lesen memandu motosikal kelas B2 untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya belia dan penuntut IPT.

Di bawah dikongsikan panduan lengkap mengenai syarat kelayakan, jadual program, serta tatacara membuat semakan dan pendaftaran permohonan.

BACA JUGA : JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK – SETIAP FASA 2026

APA ITU BANTUAN LESEN PERCUMA?

Program MyLesen B2 merupakan inisiatif khas bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang ditujukan untuk membantu penerima B40 dan tanggungan mereka mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma.

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan taraf sosioekonomi rakyat, membuka peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig (seperti penghantar makanan/barangan), serta meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

BAYARAN YANG DITANGGUNG KERAJAAN MELALUI BANTUAN LESEN PERCUMA

Inisiatif ini menanggung kos keseluruhan latihan dan ujian berikut :

  • Kursus Teori KPP01 (6 jam) & Ujian Bertulis (1 jam).
  • Latihan Praktikal Litar KPP02 (9.5 jam).
  • Latihan Praktikal Jalan Raya KPP03 (6 jam).
  • Pra-Ujian (QTI – 30 minit) & Ujian JPJ.

(Nota: Kos sampingan seperti pengangkutan, makanan, atau pemeriksaan kesihatan tambahan adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri).

JENIS KELAS BANTUAN LESEN PERCUMA

Hanya satu (1) sahaja jenis kelas lesen yang ditawarkan secara percuma, iaitu :

JENIS KELASJENIS LESEN
Motorsikal 250cc ke bawahB2

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Lesen Percuma :

  • Warganegara Malaysia yang sah.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
  • Golongan B40 / Penerima Bantuan: Kumpulan B40 atau tanggungan penerima bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), e-Kasih, JKM, atau Zakat.
  • Belum Memiliki Lesen: Bebas daripada sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM).
  • Sihat Fizikal & Mental: Berkeupayaan menjalani latihan memandu secara selamat.
  • Bebas Senarai Hitam: Tidak mempunyai sebarang rekod senarai hitam (blacklist) di Mahkamah, JPJ, atau PDRM.
  • Keutamaan: Keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah menengah, pelajar IPT/IPMARA, dan ahli Kadet JPJ.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Lesen Percuma :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
  • Sihat dari segi fizikal dan mental.
  • Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan.
  • Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia.
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Tarikh rasmi permohonan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) untuk tahun 2026 masih belum diumumkan secara rasmi. Namun, lazimnya permohonan akan dibuka bermula Februari hingga Oktober.

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis rasmi permohonan yang dibuka melalui laman web rasmi serta media sosial. Peserta perlu menyemak tarikh tersebut dari semasa ke semasa supaya tidak terlepas.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Lesen Percuma, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/pengangkutan/program-mylesen-b2.

Leave a Comment