SENARAI PENERIMA BAYARAN SARA 2026

SENARAI PENERIMA BAYARAN SARA 2026

Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh menggunakan elaun bulanan dalam MyKad untuk membeli barang keperluan harian berdasarkan 15 kategori barangan yang diluluskan di bawah Program SARA.

Bagaimanakah semakan senarai penerima bayaran sara 2026? Ikuti maklumat lanjut di sini.

Baca juga: PORTAL SEMAKAN STATUS SARA (CHECK DUIT BANTUAN SARA 2026)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA

Syarat kelayakan penerima Bantuan SARA 2026 ialah :

JENIS PENERIMAKELAYAKAN
Berstatus eKasihWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026

Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
Bukan eKasihWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026

Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan;

AMAUN BAYARAN BULANAN SARA

Kadar kelayakan bayaran Bantuan SARA 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

SEMAK PENERIMA BAYARAN SARA

Panduan lengkap semakan status kelayakan penerima bayaran SARA 2026 secara online :

  • Portal SARA;
  • Portal MySTR

Cara Semak Status Kelayakan di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. Seterusnya, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

Cara Semak Status Kelayakan di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Halaman Utama Log Masuk MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Tekan (Semak Status Permohonan STR).
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment