BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Untuk makluman anda, bayaran bantuan tambahan oleh Kerajan Madani (SARA RM300/RM150) akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam masa terdekat. Anda digalakkan untuk buat semakan untuk memastikan kemasukan pengkreditan bayaran ini. Pastikan anda mempunyai maklumat yang terkini dan tepat untuk memudahkan proses kemasukan bantuan ini
Bagaimanakah semakan bayaran sumbangan asas rahmah one-off 2024? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CHECK STATUS BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Bantuan SARA One-Off 2024 telah diumumkan oleh Kerajaan Madani sebagai langkah proaktif bagi meringankan beban kewangan, dan memperbaiki taraf hidup rakyat Malaysia. Dengan bantuan ini, rakyat dapat menikmati sokongan kewangan yang diperlukan dalam menghadapi kos hidup yang kian meningkat.
Bantuan ini disediakan untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun penerima. Pendaftar Miskin/Miskin Tegar eKasih juga akan turut menerima bantuan ini jika mereka merupakan penerima bantuan STR.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ONE OFF
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
CARA MOHON SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus.
KADAR BANTUAN
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan & Bujang | RM 150 |
TARIKH MASUK BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini akan disalurkan secara berperingkat bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin).
Kaedah Penyaluran bantuan sara one off ini adalah sama seperti bantuan STR, dimana pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]