SENARAI PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

SENARAI PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Dalam kenyataan siaran media, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah berkata, Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kategori miskin atau miskin tegar. Bantuan ini akan disalurkan mengikut kaedah pembayaran STR bermula 9 Disember 2024 (Isnin).

Sementara itu, baki 700,000 penerima STR yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA secara berterusan sepanjang tahun.

Bagaimanakah semakan penerima bayaran sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca juga: DAFTAR MYKASIH RM100 2025 (REGISTER ONLINE BANTUAN SARA)

APA ITU SARA ONE OFF

Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan SARA One-Off 2024, iaitu bantuan kewangan tunai yang diberikan sekali sahaja (one-off) untuk tahun 2024. Bantuan ini disalurkan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, termasuk mereka yang bukan daripada golongan Miskin atau Miskin eKasih. Kelayakan adalah automatik, berdasarkan data penerima STR yang telah diluluskan untuk tahun 2024.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:

  • LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
  • Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

CARA MOHON BANTUAN SARA ONE OFF

Bantuan SARA One-Off tidak memerlukan permohonan baharu. Ia disalurkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak. Hal ini bermakna, jika anda telah menerima STR sebelum ini, anda hanya perlu menyemak status pembayaran SARA di laman web rasmi MySTR untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan tambahan ini.

KADAR BAYARAN PENERIMA BANTUAN SARA

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 300
Warga emas tiada pasanganRM 150
BujangRM 150

TARIKH SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan boleh dilakukan mulai tarikh tersebut. Semakan status pembayaran dan kelulusan SARA boleh dibuat melalui kaedah yang sama seperti STR.

Kaedah Penyaluran bantuan sara one off ini adalah sama seperti bantuan STR, dimana pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.

CHECK SENARAI PENERIMA BAYARAN SARA

Panduan lengkap semakan penerima bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment