KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA – SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA – SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Mana-mana rakyat Malaysia yang belum mempunyai sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) oleh kerana tidak mampu membayar yuran dan fi latihan, boleh memohon Bantuan Lesen Percuma (terhad kepada 15,000 peserta yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan).

Bagaimanakah cara semak kelayakan Bantuan Lesen Percuma? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SYUKUR : BAYARAN SETIAP FASA 2026

PENGENALAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Program Bantuan Lesen Percuma di bawah pelaksanaan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah.

Antara objektif pemberian Bantuan Lesen Percuma adalah untuk :

  • Mempertingkatkan kesedaran keselamatan dan undang-undang jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah.
  • Meningkatkan peluang pekerjaan sebagai penghantar makanan, e-dagang dan perkhidmatan komuniti.
  • Mengurangkan risiko keMenjimatkan kos antara RM500 hingga RM600 setiap peserta.
  • Membantu belia berdikari serta menambah kemahiran asas jalan raya.malangan akibat penunggang tanpa lesen.

JENIS BANTUAN LESEN PERCUMA

Hanya satu (1) jenis lesen sahaja yang ditawarkan secara percuma, iaitu :

KELASJENIS LESEN
Motosikal 250cc ke bawahB2
  • Komponen Anggaran Kos (RM) :
    • Kursus Teori & Ujian JPJ : RM250
    • Latihan Praktikal Institut Memandu : RM200
    • Bayaran Lesen (L & P) : RM100
    • Insurans, Pemeriksaan & Fail : RM50
  • Jumlah Anggaran = RM600

KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Lesen Percuma yang ditetapkan oleh Kerajaan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
  • Sihat dari segi fizikal dan mental.
  • Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan.
  • Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia.
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.

CARA MOHON BANTUAN LESEN PERCUMA

Lazimnya permohonan Bantuan Lesen Percuma dibuka bermula Februari hingga Oktober. Namun jika anda ingin kemukakan permohonan, sila berhubung dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri atau Daerah yang berhampiran anda.

  1. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2.
  2. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal. Hantar borang tersebut.
  5. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Lesen Percuma, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/pengangkutan/program-mylesen-b2.

Leave a Comment