JUMLAH WANG BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA OLEH PEMOHON BERSTATUS LAYAK PERINGKAT FASA 4

JUMLAH WANG BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA OLEH PEMOHON BERSTATUS LAYAK PERINGKAT FASA 4

Amaun bantuan tunai Kerajaan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), akan dibayar mengikut kategori kelayakan penerima seperti Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas bagi memastikan mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.

Berapakah jumlah wang bantuan STR yang dibayar 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM1100 & RM600 & RM375)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2026

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 4 boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026 DIBAYAR

Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4TOTAL
Tiada AnakRM200RM150RM200RM150RM700
1 – 2 AnakRM300RM300RM300RM300RM1,200
3 – 4 AnakRM400RM450RM450RM400RM1,700
5 Anak Ke AtasRM500RM600RM600RM500RM2,200
  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4TOTAL
Tiada AnakRM100RM100RM0RM0RM200
1 – 2 AnakRM100RM100RM150RM100RM450
3 – 4 AnakRM150RM200RM200RM150RM700
5 Anak Ke AtasRM200RM250RM250RM250RM950
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4TOTAL KESELURUHAN
RM150RM150RM150RM150RM600
  • Bujang :
BANTUAN SARATOTAL KESELURUHAN
RM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM600

CARA WANG BANTUAN STR 2026 DIBAYAR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

TARIKH WANG BANTUAN STR 2026 DIBAYAR

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan secara empat (4) fasa pembayaran setahun mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 1
10 Januari 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 2
10 Mac 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 3
15 Ogos 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
4
Tarikh bayaran STR 2026 belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF)

MAKLUMAT LANJUT

ebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment