PORTAL SEMAKAN STATUS SARA (CHECK DUIT BANTUAN ONE OFF RM300/RM150)
Untuk makluman anda, pembayaran akhir STR telah pun diagihkan. Kini tiba pula masa untuk pengagihan bantuan tambahan iaitu SARA one off.
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lapan juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai minggu hadapan.
Bagaimanakah semakan status sara di portal online? Ikuti infor lanjut disini.
Baca juga: CARA MOHON MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) ONE OFF
Bantuan tambahan tunai oleh Kerajaan Madani iaitu SARA ONE OFF 2024 akan diberikan secara (sekaligus) sebanyak RM 300 / RM 150 kepada kesemua penerima bantuan STR 2024.
SARA ONE OFF berbeza dengan SARA / MyKasih sebelum ini dimana mereka yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar juga akan turut menerima bantuan one off ini.
Kaedah penyaluran dan pemberian bantuan ini juga adalah berbeza dengan SARA /MyKasih dimana kaedah pembayaran adalah sama seperti pembayaran STR iaitu secara TUNAI, sama ada melalui pengkreditan ke dalam akaun penerima dan penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran. Hal ini kerana kesemua penerima STR 2024 layak menerima bantuan ini, dan kadar bantuan yang disediakan adalah mengikut kategori kelayakan individu.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ONE OFF
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
CARA MOHON SARA ONE OFF
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus. Untuk semakan status pembayaran dan kelulusan SARA, ia boleh dibuat melalui kaedah yang sama seperti STR.
SEMAKAN STATUS SARA DI PORTAL MYSTR
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
SEMAKAN KADAR BANTUAN SARA
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA
Dianggarkan sebanyak 8 juta penerima akan menerima bayaran ini. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), pembayaran akan disalurkan secara berperingkat bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin).
SEMAKAN STATUS SARA
Semakan kelayakan dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh 9 Disember 2024 (Isnin) melalui Portal Rasmi MySTR.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA
Penyaluran bantuan ini adalah sama seperti STR iaitu:
- Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR.
- Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]