SEMAKAN STR BUJANG FASA 3 2026
Bermula tahun 2026, individu bujang turut menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai gantian kepada bantuan STR yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas penerima.
Bagaimanakah semakan str bujang fasa 3? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK BAYARAN MYKASIH ONLINE : SEMAK STATUS BANTUAN SARA BULANAN 2026
PENGENALAN STR BUJANG
Setiap individu bujang yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2026, akan mula menerima bayaran dalam bentuk tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) yang digantikan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan, dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG
Kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang 2026, adalah seperti berikut :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih (bagi yang pendapatan bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa).
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR BUJANG
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan kepada penerima STR Bujang adalah seperti berikut :
- Kategori Bujang Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) / eKasih :
| KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|
| RM100 Setiap Bulan | RM1,200 Setahun |
- Kategori Bujang Pendapatan Tidak Melebihi RM2,500 (Bukan eKasih) :
| KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|
| RM50 Setiap Bulan | RM600 Setahun |
SEMAKAN JADUAL BAYARAN STR BUJANG
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bujang akan dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | BUJANG EKASIH | BUJANG BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| 16 Januari 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Februari 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Mac 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 April 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Mei 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Jun 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Julai 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Ogos 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 September 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Oktober 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 November 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Disember 2026 | RM100 | RM50 |
KAEDAH BAYARAN STR BUJANG
STR bujang digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana kaedah bayaran adalah seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MANFAAT |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | Kredit bulanan dalam MyKad boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar |
CARA SEMAKAN STR BUJANG
Status Kelayakan Penerima STR dan SARA Bujang 2026 boleh d isemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status Kelayakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, status kelayakan STR dan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026