SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (ONE OFF 2024 ONLINE)
Terkini! Berita baik kepada SEMUA penerima STR 2024. Menurut Kementerian Kewangan, penerima akan menerima bantuan tambahan SECARA TUNAI iaitu Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off, mulai 2024 tahun ini.
Berbanding sebelum ini, penerima SARA hanya kategori miskin tegar yang layak menerima bantuan ini. NAMUN, mulai tahun 2024 ini, SEMUA penerima bantuan STR 2024 juga akan turut menerima bantuan ini.
Bagaimanakah semakan bantuan sara hidup one off 2024 online? Ikuti maklumat lanjut di sini.
Baca juga : SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF : SEMAKAN BANTUAN 2024 ONLINE
APA ITU BANTUAN SARA HIDUP
Bantuan Sara Hidup one off merupakan bantuan tambahan kepada penerima Bantuan STR FASA 4 2024. Bantuan ini juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah iaitu SARA one off. Sumbangan ini diberikan kepada SEMUA penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Berbeza daripada SARA biasa sebelum ini, dimana bayaran sebelum ini hanya untuk miskin tegar yang di dalam data ekasih . NAMUN, untuk tahun 2024, kerajaan telah mengumukan SEMUA penerima bantuan STR 2024 (BUKAN miskin dan miskin tegar dalam data eKASIH) akan menerima bantuan ini dan pengagihan bayaran kali ini akan dilakukan seperti bayaran STR iaitu pengkreditan kedalam akaun bank dan secara tunai di Cawangan BSN berdekatan. Ianya berbeza daripada sebelum ini dimana bayaran akan disalurkan ke dalam MyKad penerima.
Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024. Pembayaran bantuan SARA one off ini akan mengikuti kaedah pembayaran yang sama seperti STR iaitu secara TUNAI.
CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Untuk makluman anda, bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu memohon. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terima bantuan SARA ONE OFF ini.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP
Penerima bantuan SARA ONE OFF 2024 yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang Sumbangan Asas Rahmah One Off:
- Warganegara Malaysia.
- Daripada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Bermaksud kesemua penerima bantuan STR akan menerima bantuan Sumbagan Asas Rahmah One Off ini termasuk yang miskin tegar.
- Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ini selaras dengan keprihatinan Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
PANDUAN SEMAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP ONE OFF
Mengikut kepada siaran media Kementerian Kewangan, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off ini adalah bantuan tambahan kepada penerima STR 2024. Oleh itu, semakan status kelayakan dan bayaran boleh di lakukan seperti:
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN
Berikut merupakan jadual kadar bayaran SARA One OFF kepada penerima STR bukan miskin dan miskin tegar berperingkat mulai 9 Disember 2024 mengikut kaedah pembayaran STR kepada:
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR | KADAR BANTUAN SARA ONE OFF 2024 (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH BAYARAN
Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan ini, penyaluran bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 ini bermula pada 9 Disember 2024.
Kaedah pengkreditan dilakukan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima, manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566