BANTUAN SARA ONE OFF (SEMAKAN STATUS 2024 ONLINE)

BANTUAN SARA ONE OFF (SEMAKAN STATUS 2024 ONLINE)

Untuk makluman kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak kerajaan Madani telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan tunai tambahan SARA secara ONE OFF kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar pada akhir 2024.

Apa itu sara one off? Ikuti info lanjut di sini.

Baca juga : SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF : SEMAKAN BANTUAN 2024 ONLINE.

APA ITU SARA ONE OFF

SARA One Off adalah bantuan tambahan dalam bentuk tunai yang disalurkan oleh pihak kerajaan Malaysia kepada penerima STR 2024. Bantuan one off ini berbeza daripada Sumbangan Asas Rahmah My Kasih sebelum ini kerana SARA MyKasih bayarannya dilakukan di dalam MyKad penerima dan hanya untuk miskin tegar di dalam data ekasih. Manakala, bantuan one off pula merupakan bantuan tambahan STR FASA 4 2024 daripada kerajaan Madani dan bantuan ini akan disalurkan secara tunai seperti pembayaran bantuan STR.

Jadi, Sumbangan Asas Rahmah ONE OFF 2024 ini khas kepada semua penerima STR 2024 dimana yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.

SYARAT KELAYAKAN

Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar. Bantuan ini akan disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BANTUAN

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

Kategori Penerima STR Bukan Miskin dan Miskin TegarJumlah Bantuan SARA One Off 2024
Isi RumahRM300
Bujang & Warga Emas Tiada PasanganRM150

SEMAKAN SARA ONE OFF

Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.

Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:

  1. Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

CARA PERMOHONAN BANTUAN

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah lulus.

RUJUKAN

Persoalan atau pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak yang berkuasa dan berwajib dibawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat ini untuk memudahkan urusan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Hotline/ Talian bantuan pihak berkuasa SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

3 thoughts on “BANTUAN SARA ONE OFF (SEMAKAN STATUS 2024 ONLINE)”

  1. Masa BSH sy dpt..tp selepas COVID sy dh tak bantuan Sara hidup sejak 2023 hngga skrg..nk tahu pasal apa dh tak dpt.

    Reply

Leave a Comment