SARA 2024 ONE OFF : SEMAKAN STATUS (RM300/RM150)

SARA 2024 ONE OFF : SEMAKAN STATUS (RM300/RM150)

Seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2024, yang menjanjikan akan turut menyalurkan Bantuan SARA kepada rakyat yang bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar. Oleh itu, Bantuan SARA telah mula dibayar bermula 9 Disember 2024, Isnin dan berperingkat mengikut status kelayakan.

Bagaimanakah semakan status sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA MYKASIH ONE OFF : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM300/RM150

APA ITU SARA ONE OFF

Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan inisiatif bantuan tambahan khusus kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah. Inisiatif Bantuan SARA adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup.

Penyaluran Bantuan SARA pula melalui tiga (3) kaedah iaitu secara ansur setiap bulan, ansur dua (2) kali setahun dan yang terkini adalah penyaluran secara one off (sekaligus) yang mana khas kepada penerima yang berstatus bukan miskin dan miskin tegar.

BILAKAH TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF

Pembayaran Bantuan SARA secara one off (sekaligus) adalah berperingkat bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dan kemungkinan berlangsung selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja untuk Bantuan SARA dikreditkan ke dalam akaun kesemua 8 juta penerima.

TARIKH MULA
BAYARAN SARA
TARIKH AKHIR
BAYARAN SARA
9 DISEMBER 2024** DISEMBER 2024

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN SARA 2024 ONE OFF

Jumlah bayaran SARA secara one-off (sekaligus) adalah tidak sama seperti jumlah bayaran SARA secara ansur, kerana ianya akan dibayar mengikut kelayakan penerima yang berstatus bukan miskin dan miskin tegar seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Berpasangan (Ada atau Tiada Anak) : RM300;
    • Isi Rumah Tunggal (Ada Anak) : RM300.
  • Kategori Bujang / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) :
    • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
    • Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.

SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF

Ikuti panduan semakan status SARA one off di pautan rasmi di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment