SEMAK STATUS BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

SEMAK STATUS BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Kerajaan Negeri Sabah telah menyalurkan bayaran Bantuan Syukur (Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) untuk Fasa ke-2 kepada seramai hampir 100,000 ribu penerima yang merupakan ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang layak secara tunai dan tanpa tunai.

Bagaimanakah cara semak status bayaran Syukur Sabah Fasa 2? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH CHECK BAKI – BAYARAN BULANAN

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Syukur Sabah untuk Fasa ke-2 bagi setiap penerima :

GABUNGAN
BULAN
(FASA 2)
JUMLAH BAYARAN
(FASA 2)
AprilRM200
MeiRM200
JunRM200
= RM600

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Bayaran Bantuan Syukur Sabah Fasa ke-2 dikreditkan mengikut tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Sedia AdaBermula 21 Mei 2026 (Khamis)
dan berperingkat
Penerima BaharuBermula 21 Mei 2026 (Khamis)
dan berperingkat

CARA TERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Penerima yang ada akaun bank dan yang tiada akaun bank akan menerima bayaran Bantuan Syukur Sabah melalui cara seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankTerima bayaran secara berperingkat
dikreditkan melalui akaun bank
penerima
Penerima Tiada Akaun BankTerima bayaran secara tunai terus
di kaunter bank atau di pusat
pemberian bantuan

atau

Terima kredit melalui akaun
e-Wallet YONO Superapp

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH

Penerima bayaran Bantuan Syukur Sabah mestilah lulus permohonan dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Sabah (Kad Pengenalan status ‘H’); atau
  • Bermastautin di Sabah lebih satu (1) tahun;
  • Ketua isi rumah / ahli isi rumah;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai dalam rekod data e-Kasih / PADANS 2026.

SEMAK STATUS BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Ikuti cara semak status bayaran Bantuan Syukur Sabah Fasa ke-2 seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal PADANS di sini :
  2. Portal PADANS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke bahagian semakan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa sempang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh 880101119999.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan dan status bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Syukur Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Syukur Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment