SARA MYKASIH ONE OFF : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM300/RM150

SARA MYKASIH ONE OFF : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM300/RM150

Bantuan SARA adalah di bawah program MyKasih yang disalurkan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui tiga (3) jenis penyaluran, iaitu secara ansur setiap bulan, secara ansur dua (2) kali setahun dan secara one-off (sekaligus). Kini adalah penyaluran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus).

Bagaimanakah semakan status bantuan sara mykasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK DUIT SARA ONE OFF (BANTUAN RM300 & RM150)

TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH ONE OFF

Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah bermula pada 9 Disember 2024, Isnin (hari ini) dan berperingkat kemungkinan selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja dari tarikh yang dinyatakan tersebut.

TARIKH MULA
BAYARAN SARA
TARIKH AKHIR
BAYARAN SARA
9 DISEMBER 2024** DISEMBER 2024

SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF

Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut layak untuk menerima bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Bantuan STR 2024;
  • Kategori Isi Rumah/ Warga Emas/ Bujang;
  • Bukan Penerima SARA secara ansur setiap bulan atau dua kali setahun;
  • Tiada dalam rekod data e-Kasih 2024; dan
  • Bukan berstatus Miskin atau Miskin Tegar.

KADAR BAYARAN SARA ONE OFF

Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah mengikut kadar seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BAYARAN
Isi Rumah Berpasangan
(Ada atau tiada anak)
RM300
Isi Rumah Tunggal
(Ada anak)
RM300
  • Kateori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR BAYARAN
Bujang
(Umur 21 hingga 59 tahun)
RM150
Bujang
(Umur 60 tahun ke atas)
RM150

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH ONE OFF

Terdapat dua (2) pautan portal rasmi yang boleh digunakan untuk semakan status sebagai penerima SARA MyKasih seperti berikut :

  • Panduan Semakan Status SARA Di Pautan 1 :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Semakan Status SARA Di Pautan 2 :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

12 thoughts on “SARA MYKASIH ONE OFF : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM300/RM150”

  1. Balik bantuan utk rayan Malaysia utk rumah beli Brg masa utk Guna bayar duit bas sekolah .tq utk Sara my kasih one off 2024.

    Reply

Leave a Comment