STATUS PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 4 2026
Semakan status permohonan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kini boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi mySTR HASiL. Bagi rakyat Malaysia yang telah mengemukakan permohonan atau kemas kini, anda boleh mengetahui keputusan kelayakan sama ada lulus, gagal, atau perlu membuat rayuan bagi pembayaran Fasa 4 2026.
Berikut dikongsikan panduan lengkap cara semak status permohonan STR, jadual bayaran, syarat kelayakan, serta tindakan yang perlu diambil sekiranya status anda tidak lulus.
BACA JUGA : SEMAKAN MYSARA RAHMAH – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SETIAP BULAN
SEMAK STATUS PERMOHONAN STR
Proses semakan status permohonan STR dilakukan secara atas talian menerusi portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sila ikuti langkah demi langkah di bawah :
- Layari Portal Rasmi mySTR:
- Buka laman web rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Log Masuk Akaun:
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) tanpa tanda sengkang (-) atau jarak, kemudian klik butang [Semak].
- Sahkan Kata Kunci Keselamatan:
- Pastikan Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan adalah betul, lalu klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan:
- Taip kata laluan akaun mySTR anda dan klik [Log Masuk].
- Semak Keputusan Permohonan:
- Selepas berjaya masuk ke dalam dashboard utama, klik pada menu [Semakan Permohonan].
- Paparan Status Kelayakan:
- Status permohonan STR anda (Lulus / Dalam Proses / Tidak Lulus) berserta jumlah bayaran fasa berkenaan akan dipaparkan.
Tips: Jika anda terlupa kata laluan, klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” pada halaman log masuk dan ikuti arahan pengesahan melalui e-mel atau nombor telefon yang telah didaftarkan.
JADUAL BAYARAN STR (FASA 1 – FASA 4)
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikreditkan secara berperingkat sepanjang tahun. Berikut adalah jadual tarikh pembayaran mengikut fasa :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN STR | STATUS PEMBAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 – 28 Januari 2026 | Selesai |
| Fasa 2 | 10 – 30 Mac 2026 | Selesai |
| Fasa 3 | 15 – 25 Ogos 2026 | Selesai |
| Fasa 4 | November 2026 | Akan Datang |
JUMLAH BAYARAN STR
Kadar pembayaran STR diagihkan mengikut kategori pendapatan isi rumah, bilangan anak tanggungan, serta status bujang/warga emas :
- Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 & Ke Bawah)
- Tiada Anak: RM700
- 1 – 2 Anak: RM1,200
- 3 – 4 Anak: RM1,700
- 5 Anak atau lebih: RM2,200
- Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
- Tiada Anak: RM200
- 1 – 2 Anak: RM450
- 3 – 4 Anak: RM700
- 5 Anak atau lebih: RM950
- Warga Emas & Bujang
- Warga Emas (60 Tahun & Ke Atas): RM600
- Bujang (21 – 59 Tahun): Disalurkan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
PLATFORM BAYARAN STR
Dua (2) platform bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) disediakan mengikut keadaan penerima seperti berikut :
| KEADAAN PENERIMA | PLATFORM BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank dan melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR | Terima bayaran secara pengkreditan tunai dalam akaun bank penerima menerusi sistem ‘IBG Kredit’ |
| Penerima tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR | Terima bayaran secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
SYARAT PERMOHONAN STR
Penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Kelayakan Penerima Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | B40 : RM2,500 ke bawah atau M40 : RM2,501 – RM5,000 |
- Kelayakan Penerima Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun atau 60 tahun & ke atas (Warga Emas) |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 atau Bawah RM5,000 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.