SARA 2024 SEMAKAN KELULUSAN : ONE OFF (RM300/RM150)

SARA 2024 SEMAKAN KELULUSAN : ONE OFF (RM300/RM150)

Seramai lebih 8.7 juta telah memohon bantuan daripada kerajaan dan yang telah disahkan lulus untuk menerima bayaran Bantuan SARA secara one off (sekaligus) adalah seramai 8.0 juta sahaja merangkumi golongan isi rumah dan golongan bujang.

Bagaimanakah semakan kelulusan sara? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA ONE OFF : SEMAKAN STATUS (RM300/RM150)

BILANGAN PENERIMA LULUS SARA 2024

Penerima yang disahkan lulus serta layak menerima Bantuan SARA secara one off adalah seramai lebih 8 juta dan dibahagikan mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
ISI RUMAH
(Berpasangan dan Tunggal)
RM300
3.5 juta penerima
BUJANG
(Belia dan Warga Emas)
RM150
4.5 juta penerima

SYARAT KELULUSAN SARA 2024

Antara syarat untuk lulus Bantuan SARA secara one off adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Bantuan STR 2024;
  • Pendapatan bawah RM5,000 sebulan;
  • Bukan penerima Bantuan SARA secara ansur; dan
  • Tiada dalam rekod data e-Kasih yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar.

SARA 2024 SEMAKAN KELULUSAN

Bagi yang ingin mengetahui kelulusan sebagai penerima Bantuan SARA secara one-off, ikuti panduan semakan di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

TARIKH PENERIMAAN SARA 2024

Kesemua 8 juta penerima yang disahkan lulus akan menerima Bantuan SARA secara berperingkat bermula pada tarikh 9 Disember 2024, Isnin dan kemungkinan mengambil masa selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja untuk selesai dibayar kepada kesemua 8 juta penerima.

KAEDAH PENERIMAAN SARA 2024

Penerimaan bayaran Bantuan SARA secara one off adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  • Secara tunai :
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat khas kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
  • Secara tanpa tunai :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

4 thoughts on “SARA 2024 SEMAKAN KELULUSAN : ONE OFF (RM300/RM150)”

Leave a Comment