LOGIN BANTUAN TUNAI HASIL : SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Pihak kerajaan Malaysia telah memberi peruntukan kewangan kepada golongan rakyat yang memerlukan. Ini bertujuan untuk menampung kos yang saban hari meningkat.
Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini terbuka untuk beberapa kategori dan terhad kepada penerima yang melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian STR ini dilakukan secara berfasa iaitu sebanyak empat (4) fasa.
Bagaimanakah login bantuan tunai hasil? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN STR BUJANG (FASA 3 2024)
TARIKH LOGIN BANTUAN TUNAI HASIL
Wang STR akan disalurkan secara berperingkat pada tarikh yang akan dimaklumkan dari masa ke masa. Pemohon boleh login untuk semakan pada bila-bila masa. Berikut adalah jangkaan tarikh setiap fasa:
- Fasa 1 : 29 Januari 2024.
- Fasa 2 : 3 April 2024.
- Fasa 3 : Ogos 2024.
- Fasa 4 : 7 November 2024.
- SARA One Off : 9 Disember 2024.
Fasa 1,2,3 & 4 telah selamat diagihkan pada bulan-bulan lepas.
LOGIN BANTUAN TUNAI HASIL
LHDN telah menyediakan satu portal khas untuk pemohon membuat semakan status Bantuan STR. Pemohon boleh mula menyemak status STR Tambahan iaitu SARA ONE OFF RM300/RM150 terkini untuk mengetahui kelayakan dan maklumat pembayaran. Berikut merupakan langkah-langkah untuk login STR:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sekiranya pemohon lupa kata laluan/password, rujuk cara dapatkan kata laluan di bawah.
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF, sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
KATA LALUAN BARU
Kata laluan baru boleh dibuat sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal. Panduan membuat kata laluan baru telah diterangkan di sini:
- Layari laman web STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan No. MyKad seperti biasa.
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak].
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
- Klik butang [Seterusnya].
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya].
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya].
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang [Tukar Kata Laluan].
- Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR 2024, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]
Boleh tolong cek status btr saya
Tolong cek sara one off