PENGELUARAN KWSP 2025 STATUS : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3 SECARA ONLINE
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini membolehkan ahli membuat pengeluaran wang simpanan daripada akaun Persaraan, akaun Sejahtera dan akaun Fleksibel yang tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan.
Bagaimanakah pengeluaran KWSP 2025? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KATEGORI AKAUN KWSP 2025
Terdapat tiga (3) kategori akaun KWSP seperti berikut :
BIL. | KATEGORI AKAUN KWSP | KETERANGAN AKAUN |
---|---|---|
1. | Akaun Persaraan (1) | Simpanan untuk hari tua bagi manjamin sumber pendapatan selepas bersara |
2. | Akaun Sejahtera (2) | Simpanan untuk keperluan seperti pendidikan, perumahan dan sebagainya bagi menikmati kualiti pra-persaraan yang selesa |
3. | Akaun Fleksibel (3) | Simpanan tambahan untuk keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan |
CARA PENGELUARAN KWSP 2025
Untuk memudahkan ahli yang ingin membuat pengeluaran wang KWSP, terdapat dua (2) cara pengeluaran yang boleh dilakukan, iaitu :
- Secara online di Aplikasi i-Akaun / Portal Web Rasmi KWSP i-Akaun; atau
- Secara manual di kaunter cawangan KWSP berhampiran seluruh Malaysia.
SEMAK PENGELUARAN KWSP 2025 STATUS KELAYAKAN AHLI
Bagi mengetahui syarat dan status kelayakan untuk pengeluaran mana-mana akaun KWSP, ahli boleh membuat semakan seperti berkut :
- Sila layari laman rasmi KWSP; atau klik pada pautan di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
- Kemudian, lihat pada paparan pengeluaran.
- Pilih jenis pengeluaran yang anda inginkan.
- Seterusnya, klik pada pengeluaran yang anda inginkan dan semak status kelayakan yang diperlukan.
- Status kelayakan pengeluaran ahli akan dipaparkan.
- Selesai.
*NOTA : Setelah mengetahui syarat dan status kelayakan pengeluaran, ahli boleh membuat pengeluaran mengikut panduan di bawah.
PANDUAN PENGELUARAN KWSP 2025 AKAUN 1
Berikut merupakan panduan cara pengeluaran KWSP akaun 1 (Persaraan) :
- Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
- Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
- Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
- Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
- Selesai.
*Nota : Anda boleh juga membuat pengeluaran secara manual dengan mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk pengeluaran akaun 1.
SENARAI PANDUAN PENGELUARAN KWSP 2025 AKAUN 2
Terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP akaun 2 (Sejahtera) yang boleh dilakukan melalui panduan berikut :
- Pembelian Rumah :
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
- Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Selesai.
- Pendidikan :
- Bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
- Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
- Surat tawaran pengajian; dan
- Resit bayaran yuran.
- Selesai.
- Kesihatan :
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Log Masuk pada i-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
- Muat naik dokumen seperti :
- Laporan perubatan; dan
- Bil rawatan.
- Selesai.
- Umur 50 tahun :
- Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- kunjungi kaunter KWSP; atau log masuk i-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
- Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
- Sertakan bersama salinan IC.
- Selesai.
- i-Sayang & i-Lindung :
- Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
- Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.
PANDUAN PENGELUARAN KWSP 2025 AKAUN 3
Sekiranya anda ingin membuat pengeluaran pada bila-bila masa, ikuti panduan pengeluaran KWSP akaun 3 seperti berikut :
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Setelah diluluskan, duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
- Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/simpanan-juta.
Saya amat memerlukan pengeluaran dh lama tk kerja semenjak isteri sy stroke sebelah badan