BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Hanya sebahagian penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan kewangan tambahan iaitu Bantuan Asas Rahmah (SARA) secara ansur bersasar setiap bulan selama tempoh 9 bulan hingga ke 12 bulan dapat menampung kos pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakh semakan status kelayakan penerima Bantuan Asas Rahmah STR? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN AM : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM150 & RM500)
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) yang ditetapkan, iaitu :
- Penerima SARA STR & e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima SARA STR Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA 2025
Setiap penerima akan menerima kadar Bantuan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :
KADAR BANTUAN SARA PENERIMA STR DAN E-KASIH | KADAR BANTUAN SARA PENERIMA STR BUKAN E-KASIH |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 (RM100 & RM200 setiap bulan) | Isi Rumah : RM900 (RM100 setiap bulan) |
Warga Emas : RM1,650 (RM100 & RM150 setiap bulan) | Warga Emas : RM450 (RM50 setiap bulan) |
Bujang : RM600 (RM50 setiap bulan) | – |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Penyaluran Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah dijadualkan seperti berikut :
JADUAL PENERIMA SARA STR DAN E-KASIH | JADUAL PENERIMA SARA STR BUKAN E-KASIH |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA 2025
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah, semakan status boleh dilakuka melalui dua (2) pautan berikut :
- Puatan Portal Rasmi MyKasih; dan
- Pautan Portal Rasmi STR.
Ikuti kedua-dua panduan semakan status kelayakan berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.