KADAR DUIT BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026 : FASA 3
Pendapatan setiap orang pastinya berbeza dan jumlah tanggungan anak juga berbeza. Oleh itu, Kerajaan akan memberikan kadar bayaran bantuan tunai STR berbeza berdasarkan kelayakan setiap orang.
Bagaimanakah cara check kadar duit bantuan tunai STR dibayar 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA KIRA DIVIDEN ASB 2025 : UNTUK ASB LOAN 100K, 200K, 50K (PANDUAN LENGKAP)
KADAR DUIT BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026 FASA 3
Buat masa sekarang, pihak kerajaan belum mengeluarkan perincian rasmi mengenai kadar duit bantuan tunai STR 2026 bagi Fasa 3 yang dibayar kepada penerima yang layak. Sebarang perubahan, akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.
CARA STR DIBAYAR 2026
Duit bantuan tunai STR 2026 akan dibayar kepada penerima melalui cara – cara berikut :
- Dibayar tunai bersemuka di kaunter bank :
- Bagi individu yang tiada maklumat akaun bank yang aktif atau individu yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu mengambil bantuan tunai STR secara bersemuka di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
atau
- Dikreditkan tunai tanpa bersemuka dalam akaun bank :
- Bagi individu yang mempunyai maklumat akaun bank yang aktif serta memasukkan dalam permohonan akan terima bantuan tunai STR dalam akaun bank secara berperingkat.
KADAR DUIT BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026
Berikut merupakan kadar duit bantuan tunai STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 kepada setiap kategori penerima :
- Kategori Penerima Isi Rumah :
| BANTUAN TUNAI STR ISI RUMAH B40 (SETAHUN) | BANTUAN TUNAI STR ISI RUMAH M40 (SETAHUN) |
|---|---|
| Tiada anak : RM700 | Tiada anak : RM200 |
| 1 – 2 anak : RM1,200 | 1 – 2 anak : RM450 |
| 3 – 4 anak : RM1,700 | 3 – 4 anak : RM700 |
| 5 anak ke atas : RM2,200 | 5 anak ke atas : RM950 |
- Kategori Penerima Bujang :
| BANTUAN TUNAI STR BUJANG 60 TAHUN KE ATAS (SETAHUN) | BANTUAN TUNAI STR BUJANG 21 – 59 TAHUN (SETAHUN) |
|---|---|
| RM600 | Diganti bantuan SARA |
JADUAL DUIT BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026
Pembayaran duit bantuan tunai STR 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Januari 2026 Sebelum Tahun Baru Cina |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 Sebelum Raya Aidilfitri |
| Fasa 3 | Ogos 2026 Mungkin Sebelum Merdeka |
| Fasa 4 | November 2026 Mungkin Sebelum Deepavali |
TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 3
Mengenai tarikh bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 turut belum dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Pihak kami akan mengemas kininya dengan kadar segera jika terdapat makluman terbaharu.
CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR 2026
Ikuti cara check kelayakan sebagai penerima bantuan tunai STR 2026 seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk MySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.