FASA 2 STR 2025 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kumpulan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dipilih layak adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) merangkumi hampir 60 peratus (%) daripada rakyat dewasa di Malaysia.
Bagaimanakah semakan bayaran Fasa 2 STR? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH : CHECK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
FASA 2 STR 2025 TARIKH BAYARAN
Tarikh bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah adalah dianggarkan seperti berikut :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 | Mulai 3 April dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN FASA 2 STR 2025
Jumlah bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
ISI RUMAH B40 PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | ISI RUMAH M40 PENDAPATAN BAWAH RM5,000 |
---|---|
RM150 hingga RM650 (tertakluk bilangan anak) | RM100 hingga RM300 (tertakluk bilangan anak) |
- KATEGORI BUJANG :
BUJANG/BALU/DUDA/JANDA UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG/BALU/DUDA/JANDA UMUR 60 TAHUN KE ATAS |
---|---|
RM150 | RM150 |
KAEDAH BAYARAN FASA 2 STR 2025
Pembayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa mengemukakan permohonan STR | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN FASA 2 STR 2025
Anda perlu mengakses pautan di bawah untuk semakan status sebagai penerima bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Ikuti cara-cara semakan status seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.