SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Program Bantuan Sara Rahmah dilanjutkan lagi pada tahun 2025 yang mana telah mula dilaksanakan sejak tahun 2023 oleh Kerajaan Madani yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertujuan untuk membantu lebih ramai rakyat yang kurang berkemampuan serta memerlukan.
Bagaimanakah semakan Bantuan Sara Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN MYKASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
CARA SERAHAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Penyerahan Bantuan Sara Rahmah kepada penerima adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (IC) penerima setiap bulan bagi membantu memudahkan penerima untuk menerima dan membuat pembelian barangan keperluan asas dengan kad IC sahaja.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Terdapat pertambahan bilangan penerima Bantuan Sara Rahmah pada tahun ini berbanding tahun lalu iaitu daripada 0.7 juta penerima sedia ada dan 4.7 juta penerima baharu menjadikan bilangan keseluruhan penerima pada tahun ini seramai 5.4 juta merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Berikut merupakan panduan cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara Rahmah :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
AMAUN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Setiap bulan, Bantuan Sara Rahmah akan disalurkan mengikut amaun yang ditetapkan kepada setiap kategori seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar :
- RM100/RM200 setiap bulan hingga RM2,100.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin :
- RM100 setiap bulan hingga RM900.
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar :
- KATEGORI WAGRA EMAS :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar :
- RM100/RM150 setiap bulan hingga RM1,650.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin :
- RM50 setiap bulan hingga RM450.
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar :
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar :
- RM50 setiap bulan hingga RM600.
- Bujang Asas Bukan Miskin :
- Tiada.
- Bujang Miskin & Miskin Tegar :
TARIKH SERAHAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Serahan Bantuan Sara Rahmah kepada penerima yang layak pada tahun 2025 adalah mengikut tarikh seperti berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Selama 12 bulan bermula 15 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025 (bayaran setiap 1 haribulan).
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Selama 9 bulan bermula 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 (bayaran setiap 1 haribulan).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.