CARA SEMAKAN SARA BULANAN : SEMAK STATUS BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

CARA SEMAKAN SARA BULANAN : SEMAK STATUS BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

Setiap awal bulan, penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima elaun bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing untuk membeli barang keperluan asas terpilih untuk bulan tersebut. Sekiranya elaun bulanan tidak habis digunakan, ia akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa sehingga tarikh akhir bantuan.

Bagaimanakah cara semakan sara bulanan? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA SEMAKAN SARA MYKAD : CHECK STATUS BANTUAN MYKASIH 2026

TARIKH PENTING SARA BULANAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak mengikut tarikh dan jadual berikut :

TARIKH PROGRAM BERMULATARIKH PROGRAM BERAKHIRTARIKH BAYARAN BULANAN
9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas

16 Januari 2026 – Bujang
31 Disember 20269 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas
16 Januari 2026 – Bujang
1 Februari 2026 – Semua
1 Mac 2026 – Semua
1 April 2026 – Semua
1 Mei 2026 – Semua
1 Jun 2026 – Semua
1 Julai 2026 – Semua
1 Ogos 2026 – Semua
1 September 2026 – Semua
1 Oktober 2026 – Semua
1 November 2026 – Semua
1 Disember 2026 – Semua

SYARAT KELAYAKAN SARA BULANAN

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN AMAUN SARA BULANAN

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
(PENERIMA EKASIH)
KADAR BANTUAN
(BUKAN PENERIMA EKASIH)
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

CARA PENGKREDITAN DUIT SARA BULANAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMANFAAT/CARA GUNA
MyKad (Kad Pengenalan)Penerima yang menerima bantuan bulanan melalui MyKad boleh menggunakannya untuk membeli barangan runcit/ keperluan asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh Malaysia menggunakan MyKad

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA BULANAN

Semakan status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment