SEMAK STATUS BANTUAN SARA 2026 : BAYARAN RM200, RM100 SETIAP BULAN

SEMAK STATUS BANTUAN SARA 2026 : BAYARAN RM200, RM100 SETIAP BULAN

Setiap bulan bermula dari bulan Januari hingga bulan Disember, Bantuan SARA akan terus dibayar kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang layak dengan jumlah sehingga RM100 ke RM200 setiap bulan.

Bagaimanakah semak status bayaran Bantuan SARA setiap bulan? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2026

Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA yang dibayar kepada penerima miskin, miskin tegar dan bukan miskin mengikut kategori isi rumah, warga emas dan bujang :

  • Penerima status Miskin & Miskin Tegar akan terima :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM200 setiap bulan
Warga EmasRM150 setiap bulan
BujangRM100 setiap bulan
  • Penerima status Asas Bukan Miskin akan terima :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100 setiap bulan
Warga EmasRM50 setiap bulan
BujangRM50 setiap bulan

JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA 2026

Walaupun jumlah bayaran Bantuan SARA disalurkan berbeza mengikut status dan kategori penerima, tarikh bayaran untuk semua penerima adalah sama mengikut tarikh yang dijadualkan seperti di bawah :

BIL.TARIKH BAYARANSTATUS
1.9 – 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026🔜
7.1 Julai 2026🔜
8.1 Ogos 2026🔜
9.1 September 2026🔜
10.1 Oktober 2026🔜
11.1 November 2026🔜
12.1 Disember 2026🔜

CARA TERIMA & GUNA BANTUAN SARA 2026

Semua penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SARA secara tanpa tunai (cashless) yang diterikan ke dalam Kad Pengenalan dan boleh digunakan mengikut cara seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (ada label SARA).
  3. Tunjukkan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan Kad Pengenalan dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SEMAK STATUS BANTUAN SARA 2026

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan SARA, ikuti cara semakan lebih lanjut di bawah :

  1. Sila layari laman web rasmi SARA di sini : https://sara.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa ke laman web rasmi SARA.
  3. Terus ke bahagian ‘Semak Kelayakan’.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. ‘Verifikasikan anda adalah manusia’.
  6. Tunggu pengesahan anda.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
  9. Selesai.

**Contoh paparan status penerima layak Bantuan SARA Bulanan :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment