BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Program Bantuan Lesen Memandu Percuma adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah kerangka Malaysia Madani yang bertujuan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen memandu tanpa sebarang kos.

Pemberian Bantuan Lesen Memandu Percuma adalah diberi keutamaan kepada golongan belia daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Bagaimanakah permohonan lesen memandu percuma secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAK KELAYAKAN : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)

JENIS LESEN MEMANDU PERCUMA YANG DIBERIKAN

Lesen Memandu yang diberikan percuma adalah :

PERKARAJENIS LESEN MEMANDU
Bantuan Lesen Memandu PercumaLesen Memandu Motosikal (B2)

TUJUAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Pelaksanaan Bantuan lesen memandu percuma adalah bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan rakyat, meningkatkan peluang pekerjaan khususnya bagi yang memerlukan lesen untuk bekerja dan untuk menyediakan kemahiran memandu secara sah dan selamat.

PELAKSANAAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Bantuan Lesen Memandu Percuma akan dilaksanakan seperti berikut :

  1. Dilaksanakan melalui kerjasama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan institut memandu;
  2. Peserta perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, seperti tahap pendapatan keluarga dan dokumen pengesahan yang diperlukan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan pemohon Lesen Memandu Percuma :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pelajar sekolah menengah, lepasan SPM atau graduan;
  • Merupakan golongan B40 (penerima bantuan kerajaan atau tersenarai dalam data eKasih);
  • Tidak memiliki sebarang lesen memandu sebelumnya;
  • Tidak disenarai hitam oleh JPJ, PDRM, atau institusi kewangan;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk Permohonan Lesen Memandu Percuma adalah :

  • Salinan kad pengenalan;
  • Bukti penerimaan bantuan kerajaan;
  • Surat pengesahan pendapatan isi rumah; dan
  • Gambar berukuran pasport terkini.

BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Untuk permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma bagi sesi 2025, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengeluarkan sebarang borang permohonan. Oleh itu, anda disarankan untuk melayari portal rasmi JPJ dari masa ke semasa supaya tidak terlepas dari memohon Bantuan Lesen Percuma.

Bagaimanapun, berikut merupakan panduan Permohonan Lesen Memandu :

Sila muat turun Borang Permohonan Lesen Memandu yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah :

  1. Setelah borang berjaya dimuat turun, cetak keluar.
  2. Kemudian, isikan segala maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut dengan tepat.
  3. Kepilkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan dan gambar berukuran pasport.
  4. Setelah permohonan diluluskan, pihak JPJ akan mengatur jadual latihan dan ujian memandu.
  5. Selesai.

*Nota : Permohonan Lesen Memandu Percuma bagi sesi 2025 masih belum dibuka dan kouta permohonan adalah terhad sehingga 35,000 peserta.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Lesen Memandu, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pelesenan-pemandu/-/knowledge_base/perlesenan-pemandu/borang-permohonan-lesen-memandu-jpj-l1.

1 thought on “BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment