PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : REGISTER & DAFTAR SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)
Terkini! Program MyLesen yang menawarkan lesen memandu secara percuma kepada golongan B40 dan belia diteruskan lagi pada tahun ini dengan penyasaran yang lebih ramai golongan tersebut untuk memilik lesen memandu mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah permohonan lesen memandu percuma 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: DAFTAR BUDI MADANI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUBSIDI RM200 SETIAP BULAN
PENGENALAN PROGRAM MYLESEN
Program MyLesen merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Malaysia Madani melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan institut memandu.
Tujuan program ini adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya belia B40 yang memerlukan lesen bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan membolehkan mereka memperoleh lesen memandu secara percuma tanpa sebarang bayaran.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia/16 tahun keatas daripada Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, atau Graduan;
- Memerlukan Lesen untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja;
- Tidak pernah Memiliki sebarang Lesen Memandu;
- Bebas daripada Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.
JENIS LESEN PERCUMA YANG DIBERIKAN
Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
- Lesen Memandu Motosikal (B2)
OBJEKTIF UTAMA BANTUAN LESEN PERCUMA
Tujuan utama pemberian latihan pengambilan lesen memandu secara percuma adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan rakyat golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan peluang/ kebolehpasaran pekerjaan golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
- Menyediakan latihan dan kemahiran memandu secara selamat dan sah di sisi undang-undang.
BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Untuk makluman, borang permohonan bagi sesi 2025 belum dikeluarkan oleh Pihak JPJ dan pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa apabila ianya dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.
Anda juga boleh layari Portal Rasmi JPJ untuk memastikan anda tidak terlepas dari memohon bantuan lesen percuma 2025. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi JPJ dengan mengisi borang yang disediakan setelah dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.
BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
PANDUAN REGISTER & DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA SECARA ONLINE
Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi JPJ, dan dapatkan borang permohonan lesen percuma:
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama - Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap besertakan dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
- Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
- Kemudian, JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
- Selesai.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan lesen memandu percuma bagi sesi 2025 belum diumumkan oleh Pihak JPJ. Pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa setelah diumumkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN LESEN PERCUMA
Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Berukuran Pasport Terkini.
- Bukti Penerimaan Bantuan Kerajaan.
- Surat Pengesahan Pendapatan Isi Rumah.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpj.gov.my/
Sy nk mohon buat lesen memandu
Sy pun nak mohon lesen Memandu mcm mana ye
Saya pun nak mohon lesen memandu macam mana ya caranya saya nak mohon tu ya
Saya mhu lesen memandu
Saya nak mohon lesen motor
Nak mohon lesen motor
Saya harap dapat lesen motor
Lesen motor
Saya nak lesen kereta blh ka?
Sye Nk buat lesen MEMANDU motor Dan kereta
saya harap dapat lesen motor
Assalamualaikum Batuan lesen kereta,harap saya dapat lah yeeeee🤲
Saya tak tahu nk isi borang lesen memandu dekat mana
Saya mahu lesen memandu percuma