AMAUN BULANAN BAYARAN SARA DALAM MYKAD 2026
Kadar bulanan elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak adalah mengikut kelayakan dan kategori masing-masing dengan amaun sewajarnya.
Berapakah amaun bulanan bayaran sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA MYKASIH 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
CARA PENGKREDITAN ELAUN BULANAN SARA
Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak secara tanpa tunai seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | CARA GUNA |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad tidak dikeluarkan sebagai wang tunai tetapi boleh digunakan untuk perbelanjaan barangan keperluan asas yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad. |
SYARAT KELAYAKAN SARA BULANAN
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan. Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan |
AMAUN BULANAN BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
| Bujang | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
SEMAK KELAYAKAN BAYARAN SARA BULANAN
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Klik pada (Status Kelayakan SARA).
- Status Kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik pada (Status Kelayakan SARA).
- Status Kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
SEMAK BAKI BULANAN BAYARAN SARA
Baki bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Kemudian tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Baki Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (mengikut kelayakan penerima) |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026