SENARAI BARANG MYKASIH TERKINI 2026 : SEMAK
Terkini! Barangan keperluan asas MyKasih kini diperluas kepada 15 kategori barangan yang diluluskan bermula Februari 2026, meliputi lebih 140,000 barang yang boleh di tebus oleh penerima di kedai atau pasar raya berdaftar.
Berikut adalah panduan lengkap mengenai senarai barang MyKasih terkini, kategori barangan yang dibenarkan, serta senarai barang yang tidak boleh dibeli menggunakan MyKad.
Apakah senarai barang mykasih terkini 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA MYKASIH 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
SENARAI BARANG MYKASIH TERKINI 2026
Barangan keperluan asas SARA MyKasih kini diperluas kepada 15 kategori barang yang diluluskan seperti :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
- Makanan Sejuk Beku : Ayam Beku / Nugget
CARA BELI & SEMAK LABEL BARANG MYKASIH
Untuk memudahkan penerima memilih barangan yang betul, kebanyakan pasar raya utama seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, Giant, dan Speedmart 99 telah meletakkan Tanda / Tag Khas MyKasih di rak jualan.
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
TEMPOH SAH UNTUK BELI BARANG MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 dilaksanakan seperti jadual berikut :
| TARIKH PENGKREDITAN | TARIKH AKHIR GUNA/LUPUT |
|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
JUMLAH DUIT UNTUK BELI BARANG MYKASIH
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 mengikut kelayakan penerima adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
SOALAN LAZIM (FAQ) SENARAI BARANG MYKASIH
- Adakah baki bantuan MyKasih akan luput jika tidak dihabiskan dalam bulan semasa?
Tidak. Baki elaun yang tidak habis dibeli pada bulan semasa akan dibawakan ke bulan berikutnya dan tidak akan luput sehingga tempoh program berakhir pada hujung tahun.
- Adakah boleh tukar elaun MyKasih kepada wang tunai (cash)?
Sama sekali TIDAK BOLEH. Bantuan ini hanya sah untuk pembelian barangan di kaunter berdaftar sahaja dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SARA, Media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026, serta dikongsikan bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca, dan semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).