BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Fasa kedua (2) bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar sebelum menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam membuat persiapan perayaan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

JENIS PENERIMAAN BAYARAN STR 2025

Penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih sama seperti sebelum ini, iaitu bergantung kepada penerima berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut
nombor akaun bank yang didaftarkan
semasa kemukakan permohonan
Diberikan secara tunai di kaunter mana-
mana cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) terdekat termasuk di
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 secara rasminya dijadualkan pada tarikh seperti berikut :

TARIKH BAYARAN
TERUS DALAM AKAUN BANK
PENERIMA
TARIKH BAYARAN
DI KAUNTER BANK SIMPANAN
NASIONAL (BSN)
24 Mac 2025 (Isnin)
sehingga
27 Mac 2025 (Khamis)
Mulai 24 Mac 2025 (Isnin)

WAKTU BAYARAN STR FASA 2 MASUK BANK

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masuk ke dalam akaun bank penerima adalah secara automatik pada waktu seperti berikut :

BIL.NAMA AKAUN BANKWAKTU BAYARAN
MASUK
1.Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6 petang
2.Bank IslamSelepas 8 malam
3.Affin BankSelepas 8 malam
4.AmbankSelepas 8 malam
5.MaybankSelepas 9 malam
6.Cimb BankSelepas 9 malam
7.RHB BankSelepas 9 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10 malam
9.Lain-lain bankSelepas 10 malam
*Namun, waktu di atas adalah tidak menentu dan ianya akan mengambil masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja. Oleh itu, penerima disarankan untuk membuat semakan pada bank masing-masing.

AMAUN BAYARAN STR FASA 2 2025

Berikut merupakan amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mengikut kategori penerima :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah Berkahwin (ada / tiada anak) atau Isi Rumah Tunggal (ada anak).
ISI RUMAH B40
(PENDAPATAN RM2,500
KE BAWAH)
ISI RUMAH M40
(PENDAPATAN RM2,501
HINGGA RM5,000)
RM150 hingga RM650
(bergantung jumlah anak)
RM100 hingga RM300
(bergantung jumlah anak)
  • KATEGORI BUJANG :
    • Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak).
BUJANG
UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG
UMUR 60 TAHUN DAN KE ATAS
RM150RM150

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR); atau klik pautan di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment