SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Seperti yang diwar-warkan dalam media Kementerian Kewangan (MOF), bilangan penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setiap fasa akan bertambah, begitu juga bagi bayaran Fasa kedua (2) yang terdapat pertambahan bilangan penerima baharu.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran STR Fasa 2? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 TELAH DI UMUMKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
BILANGAN PENERIMA STR FASA 2 2025
Terdapat pertambahan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang baharu bagi fasa 2, iaitu seramai 0.2 juta penerima daripada fasa pertama (1) hanya seramai 8.3 juta kepada 8.5 juta merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang.
SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2025
Untuk mengetahui kelayakan anda menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status kelayakan penerima bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah dijadualkan seperti tarikh berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima | 24 Mac 2025 (Isnin) Sehingga 27 Mac 2025 (Khamis) |
KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025
Setiap kategori akan menerima kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan bawah RM2,500 | RM150 hingga RM650 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM100 hingga RM300 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :