BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 (STR FASA 1) : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA
Individu yang layak menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan memperoleh bantuan tunai yang disalurkan terus ke dalam akaun bank masing-masing, dengan jumlah bantuan yang diterima mengikut kategori kelayakan individu, dan selaras dengan syarat yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima bayaran bantuan tunai rahmah 2025 str fasa 1? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA (RM600 & RM900 & RM1200)
KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH STATUS LULUS
Syarat dan kategori penerima bayara bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI
Semakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan.
- ‘Frasa keselamatan’ akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk], dan [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Tekan pada bahagian [Maklumat Bayaran].
- Status Kelayakan Lulus Permohonan dan Maklumat Pembayaran STR akan dipapar.
- Selesai.
KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Jumlah bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN STR | KADAR TAMBAHAN BANTUAN STR (SARA) |
---|---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 | Penerima eKasih: RM 1200 (RM100 sebulan) Bukan eKasih: RM 900 (RM 100 sebulan) |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 | Penerima eKasih: RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan (Berusia 60 tahun keatas) | RM 600 | Penerima eKasih: RM 1200 (RM100 sebulan) Bukan eKasih: RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang (Berusia 21 – 59 tahun) | RM 600 | Penerima eKasih: RM 600 (RM50 sebulan) Bukan eKasih: Tiada ( – ) |
Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
PENGAGIHAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Pembayaran wang akan diagihkan secara berperingkat/berfasa dan akan disalurkan melalui:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
TARIKH PENYALURAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan Fasa 1 masih belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf
Terima kasih kepada pemimpin kita yg prihatin kesengsaraan rakyat. Mahu pun golongan Miskan tegar serta B40 dan M 40 termasuk warga emas dan remaja.