SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA (RM600 & RM900 & RM1200)
Seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah telah dianggarkan bakal menerima bantuan SARA berjumlah RM100 setiap bulan, berbanding tahun sebelum ini hanya seramai 700,000 penerima. Bantuan ini akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN STR 2025 FASA 1 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD
Bantuan dalam MyKad adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibawah Program MyKasih, dimana wang bantuan disalurkan kedalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih, dan penerima akan menggunakan MyKad sebagai alat pembayaran bagi pembelian barangan tersebut.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS BANTUAN 2025
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian barangan menggunakan MyKad:
- Beras / Telur / Minyak masak
- Roti / Tepung / Biskut
- Minuman
- Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status penerima akan dipapar (lulus atau tidak).
- Selesai.
Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima yang lulus akan dipapar.
- Selesai.
TEMPOH PENGAGIHAN BANTUAN
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH DAN TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Selama 12 Bulan (Bermula Januari 2025) |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Selama 9 Bulan (Bermula April 2025) |
CEK KADAR BAYARAN BANTUAN MYKAD 2025
Jumlah bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) |
- Kategori Penerima STR 2025 (Bukan eKasih):
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | – |
CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf