BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Melihat kepada keberkesanan dan penerimaan positif daripada penerima-penerima sebelum ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi dan menambahbaik pemberian Bantuan MyKasih bagi sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah cara semak status layak atau tidak bantuan mykasih rm100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) : CEK LAYAK ATAU TIDAK

PENGENALAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Program Bantuan MyKasih adalah pada awalnya diperkenalkan oleh NGO tempatan iaitu Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean yang bertujuan membantu golongan miskin tegar. Kemudian, diberikan peruntukan oleh Kerajaan Madani pada tahun 2023.

Yang mana Kerajaan Madani telah meluaskan pemberian kepada miskin tegar dan miskin pada tahun 2024. Seterusnya untuk tahun 2025, kerajaan akan memperluaskan lagi kepada penerima asas bukan miskin juga.

CARA BANTUAN MYKASIH RM100 DISALURKAN

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan kad pengenalan penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui kad pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

TEMPOH BANTUAN MYKASIH RM100 DISALURKAN

Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 bukanlah disalurkan selama satu (1) bulan sahaja, namun ia akan disalurkan setiap bulan selama tempoh sembilan (9) bulan bagi penerima asas bukan miskin dan bagi penerima miskin dan miskin tegar pula adalah disalurkan selama tempoh dua belas (12) bulan.

  • Penerima Asas Bukan Miskin : RM100 selama 9 bulan.
  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar : RM100 selama 12 bulan.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan MyKasih RM100 sebulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Berstatus isi rumah berpasangan atau isi rumah tunggal;
  • Pendapatan bawah garis PGK semasa atau bawah RM5,000 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
  • Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

*Nota : Sekiranya anda menepati kriteria kelayakan di atas, anda boleh membuat semakan status.

SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH RM100 LAYAK ATAU TIDAK

Untuk mengetahui status layak atau tidak menerima Bantuan MyKasih RM100 sebulan, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment