BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 3 2026) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan tertinggi untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang akan memberi manfaat kepada anggaran sembilan juta penerima, serta peningkatan kelayakan penerima.
Bagaimanakah semak layak atau tidak bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 3 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CEK PENERIMA BAYARAN SARA 2026 (RM200/RM100 SETIAP BULAN)
PENGENALAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah kesinambungan program bantuan tunai sebelumnya, seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) dengan matlamat utama untuk meringankan kos sara hidup serta mengurangkan beban kewangan yang dihadapi.
SYARAT KELAYAKAN
Kelayakan penerima bantuan STR 2026 seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAK BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Panduan lengkap semakan pembayaran STR bagi fasa 3 2026 secara online seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA.
- Selesai.
AMAUN BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Jumlah Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
TARIKH BAYARAN FASA 3
Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan STR Fasa 3 STR 2026 masih belum diumumkan lagi. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi pengagihan bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 3
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026
Assalamualaikum, terima kasih kepada kerajaan di atas bantuan (STR) semoga pihak kerajaan di cucuri rahmat dan didoakan untuknya di lindungi oleh Allah S. W. T. Di masa kesemesa dimurahkan rezeki pada hari yang akan datang.