SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH (2025 SARA) : CEK LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH (2025 SARA) : CEK LAYAK ATAU TIDAK

Penerima yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 adalah dijangka seramai 0.7 juta penerima sedia ada dan 4.7 juta penerima baharu menjadikan keseluruhan penerima adalah seramai lebih 5.4 juta.

Bagaimanakah semakan status Sumbangan Asas Rahmah untuk mengetahui layak atau tidak? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA : CEK STATUS NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Ikuti panduan semak status Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Laman Semakan Status Rasmihttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari pautan semakan status rasmi di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

HAD PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 adalah mengikut had yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

JUMLAH PENERIMAHAD PENYALURAN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
0.7 juta
penerima sedia ada
Isi Rumah : RM1,200 setahun.
Bujang : RM600 setahun.
Warga Emas : RM1,200 setahun.
4.7 juta
penerima baharu
Isi Rumah : RM900 setahun.
Bujang : -.
Warga Emas : RM450 setahun.

JADUAL PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza bagi setiap negeri penerima seperti jadual berikut :

  • Penerima di Semenanjung Malaysia :
    • Disalurkan secara ansur setiap bulan mengikut jadual berikut :
KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENYALURAN
Miskin dan Miskin Tegar** Januari 2025
sehingga
** Disember 2025
Asas Bukan Miskin** April 2025
sehingga
** Disember 2025
  • Penerima di Sabah dan Sarawak :
    • Disalurkan secara ansur dua (2) kali setahun mengikut jadual berikut :
KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENYALURAN
Miskin dan Miskin Tegar** Februari 2025
dan
** Ogos 2025
Asas Bukan Miskin** Februari 2025
dan
** Ogos 2025

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment