BAKI KUOTA BUDI95 – SEMAK STATUS KELAYAKAN
Kerajaan telah menetapkan kuota BUDI MADANI RON95 bagi semua rakyat adalah sama pada setiap bulan (termasuk bulan Jun). Dengan subsidi BUDI95 rakyat masih boleh mendapatkan minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran kini RM3.72 seliter.
Bagaimanakah semak status kelayakan & baki kuota BUDI95? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN TUNAI : KELAYAKAN PENERIMA
KADAR KUOTA BUDI95
Setakat ini Kerajaan masih mengekalkan kadar kuota BUDI95 setiap bulan, iaitu sebanyak berikut :
| KADAR KUOTA BUDI95 | HARGA SUBSIDI BUDI95 |
|---|---|
| 200 liter | RM1.99 / seliter |
SEMAK BAKI KUOTA BUDI95
Bagi penerima yang telah menggunakan subsidi BUDI95 untuk mengisi minyak petrol RON95, baki kuota yang ada pastinya telah berkurang. Untuk mengetahui berapa baki kuota yang masih ada, ikuti cara semakan berikut :
- Sila klik pada puatan BUDI MADANI di sini :
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 500301234567.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Baki kuota BUDI95 akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN BUDI95
Bukan semua rakyat Malaysia layak untuk menerima subsidi BUDI95, kerana ianya terhad kepada yang benar-benar layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan aktif;
- Tiada had pendapatan.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BUDI95
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak subsidi BUDI95, status kelayakan boleh disemak secara terus melalui Portal Rasmi BUDI MADANI 95 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BUDI MADANI 95 di sini :
- Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 500301234567.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status kelayakan sebagai penerima BUDI95 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA KUOTA BUDI95
Penerima yang disahkan layak BUDI95, boleh menggunakannya untuk menikmati harga minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter. Berikut merupakan cara mudah guna subsidi BUDI95 :
- Kunjungi mana-mana stesen minyak yang terdekat.
- Keluarkan Kad Pengenalan anda.
- Untuk bayaran di kaunter, berikan Kad Pengenalan kepada juruwang; atau
- Untuk bayaran di mesin, letakkan Kad Pengenalan pada terminal pembaca.
- Nyatakan liter yang anda ingin isi.
- Contoh : RM1.99 x 10 liter = RM19.90.
- Bayar secara tunai / kad bank.
- Isi minyak seperti biasa.
- Resit bayaran akan disediakan untuk nyataan baki kuota.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI 95. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian BUDI95 : 1300 88 9595
- Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
- E-mel BUDI95 : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing.