SEMAK BANTUAN TUNAI : KELAYAKAN PENERIMA

SEMAK BANTUAN TUNAI : KELAYAKAN PENERIMA

Untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM15 billion untuk disalurkan melalui agihan Bantuan Tunai mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan Tunai? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STATUS PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 3 2026

APA ITU BANTUAN TUNAI?

Bantuan Tunai secara rasminya diperkenalkan ‘Sumbangan Tunai Rahmah’ atau secara ringkas STR merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.

Rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan menerima bayaran Bantuan Tunai secara ansur berfasa melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima atau pembayaran tunai di kaunter Bank Simapanan Nasional (BSN).

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Bukan semua rakyat Malaysia layak menerima Bantuan Tunai, kerana ianya terhad kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

  • Kelayakan Isi Rumah (Berpasangan / Balu / Bercerai) :
SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had UmurTiada had umur
Taraf PerkahwinanBerkahwin (ada / tiada anak)

atau

Balu / Bercerai (ada anak)
Kadar PendapatanB40 : Bawah RM2,500

atau

M40 : RM2,501 hingga RM5,000
  • Kelayakan Bujang (Belum berkahwin / Balu / Bercerai) :
SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur21 hingga 59 tahun

atau

60 tahun & ke atas
(Warga Emas)
Taraf PerkahwinanBelum berkahwin

atau

Balu / Bercerai (tiada anak)
Kadar PendapatanRM2,500 & ke bawah

atau

Warga Emas :
RM2,500 hingga RM5,000

JUMLAH BANTUAN TUNAI

Setiap penerima yang layak bukan sahaja terima Bantuan Tunai, malah turut akan menerima bayaran Bantuan Tambahan secara tanpa tunai sebanyak jumlah berikut :

  • Penerima Isi Rumah akan terima :
BIL. ANAKISI RUMAH B40ISI RUMAH M40
TiadaRM700RM200
1 hingga 2 orangRM1,200RM450
3 hingga 4 orangRM1,700RM700
5 orang ke atasRM2,200RM950
*Penerima Isi Rumah yang mendaftar e-Kasih akan terima tambahan RM2,400. Manakala penerima Isi Rumah yang tidak mendaftar e-Kasih akan terima tambahan sebanyak RM1,200 sahaja. (Bayaran secara tanpa tunai setiap bulan).
  • Penerima Bujang akan terima :
BIL. ANAKBUJANG
21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG
60 TAHUN & KE ATAS
TiadaRM600
*Penerima Bujang (21 – 59 tahun) akan terima tambahan RM600 hingga RM1,200. Manakala penerima Bujang (Warga Emas) akan terima tambahan RM600 hingga RM1,800. (Bergantung pendaftaran e-Kasih).

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI

Pembayaran Bantuan Tunai dilaksanakan secara berfasa dari fasa satu (1) hingga fasa empat (4) mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

FASA SATU (1)FASA DUA (2)FASA TIGA (3)FASA EMPAT (4)
20 – 28 Januari 202610 – 30 Mac 2026Ogos 2026November 2026

SEMAK BANTUAN TUNAI

Rakyat yang telah kemukakan permohonan Bantuan Tunai boleh semak status permohonan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran. Ikuti cara semakan lanjut di bawah :

  1. Sila klik pada pautan semakan rasmi di sini :
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  3. Klik pada butang [Semak].
  4. ‘Kata Kunci Keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  5. Jika betul, klik pada butang [Ya].
  6. Masukkan Kata Laluan yang sah dan betul.
  7. Klik pada butang [Log Masuk].
  8. Jika log masuk berjaya, ‘Papan Pemuka’ akan dipaparkan.
  9. Terus ke bahagian ‘Semakan Permohonan’.
  10. Status kelayakan permohonan akan dipaparkan :
    • “Lulus” atau “Tidak Lulus” atau “Dalam Proses”.
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment