BANTUAN MY SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Kadar elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan setiap bulan dalam tempoh 12 bulan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk mendapatkan barangan keperluan asas harian adalah berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima.
Berikut adalah panduan lengkap mengenai Bantuan My SARA 2026, merangkumi syarat kelayakan, kadar bayaran bulanan, tarikh pengkreditan, dan cara membuat semakan status secara online.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan my sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SKAS ONLINE : FASA 3 2026
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MY SARA
Kadar kelayakan Bantuan My SARA 2026, diberikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
- Amaun Bulanan Bantuan SARA :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
- Total Kelayakan Setahun :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM1,200 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM1,800 | RM600 |
| Bujang | RM1,200 | RM600 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MY SARA
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan My SARA 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan Bulan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MY SARA ONLINE
Status kelayakan penerima Bantuan My SARA 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik Semak Status.
- Kemudian, Status Kelayakan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH & KAEDAH BAYARAN BANTUAN MY SARA
Bantuan My SARA 2026 dilaksanakan seperti jadual berikut :
| KAEDAH BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
KAEDAH PENGGUNAAN BANTUAN MY SARA
Penerima yang lulus Bantuan My SARA 2026 tidak menerima wang tunai, sebaliknya perbelanjaan dilakukan secara cashless :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SARA, Media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026, serta dikongsikan bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca, dan semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).