CHECK BANTUAN MY SARA : SEMAKAN BAKI DALAM MYKAD
Semakan baki bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) amat penting untuk penerima merancang pembelian barangan agar tidak melebih baki semasa untuk mengelakkan tambahan bayaran tunai untuk barangan asas.
Bagaimanakah cara check bantuan my sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN MY KASIH : SEMAKAN BAYARAN DALAM MYKAD
TEMPOH SAH DUIT MY SARA DALAM MYKAD
Baki lebihan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh masa berikut :
| TEMPOH BANTUAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|
| Bermula 9 & 16 Januari 2026 (mengikut kategori penerima) | 31 Disember 2026 |
CHECK BAKI BANTUAN MY SARA DALAM MYKAD
Baki duit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad penerima boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (bergantung kepada penggunaan penerima) |
KADAR KELAYAKAN BANTUAN MY SARA
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, adalah seperti berikut :
- Jumlah Bayaran Setiap Bulan :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
- Total Kelayakan Setahun :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 Setahun | RM1,200 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM1,800 Setahun | RM600 Setahun |
| Bujang | RM1,200 Setahun | RM600 Setahun |
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA MY SARA
Terdapat 15 kategori barangan asas yang diluluskan di bawah Program SARA, membolehkan penerima untuk membeli lebih 140,000 barangan termasuk :
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Barangan Sekolah;
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mi segera;
- Minuman;
- Makanan dalam tin;
- Bahan perasa;
- Produk Kebersihan Rumah;
- Makanan Sejuk Beku
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026