SEMAK DUIT MYKASIH 2026

SEMAK DUIT MYKASIH 2026

Ramai masih belum tahu bahawa mereka sebenarnya layak menerima duit bulanan bantuan SARA MyKasih, yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar. Oleh itu, anda perlu membuat semakan duit MyKasih 2026 secara online untuk mengetahui amaun dan status kelayakan layak atau tidak menerima bantuan ini.

Jika anda mahu menyemak status kelayakan atau mengetahui baki kredit yang tinggal dalam Kad Pengenalan anda, ikuti panduan lengkap di bawah.

Bagaimanakah semak amaun duit mykasih 2026 yang anda layak? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BILA MASUK SARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM IC (RM200, RM100, RM50)

SEMAK PENERIMA DUIT MYKASIH ONLINE

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

JUMLAH BAYARAN DUIT MYKASIH

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan

Total Setahun : RM2,400
RM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,800
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600
BujangRM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600

Jadual Bayaran Masuk Duit MyKasih :

TARIKH PEMBAYARANTARIKH AKHIR/LUPUTKAEDAH BAYARAN
9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026MyKad (Kad Pengenalan)

Kredit bantuan boleh digunakan untuk berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan

Info Tambahan : Baki elaun MyKasih yang tidak habis digunakan pada bulan semasa boleh dibawa ke bulan seterusnya sehingga tarikh tamat program pada 31Disember 2026.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI GUNA DUIT MYKASIH

Duit bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih sahaja, antaranya ialah :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Sejuk Beku : Nugget
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Penulisan ini disediakan untuk tujuan panduan umum sahaja berdasarkan sumber sahih Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan Portal Rasmi SARA bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca. Sebarang semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).

Leave a Comment