SEMAKAN BANTUAN SKAS ONLINE : FASA 3 2026

SEMAKAN BANTUAN SKAS ONLINE : FASA 3 2026

Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bakal memasuki FASA 3 pembayaran dan akan mula disalurkan kepada penerima yang layak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk individu yang masih belum mengetahui status kelayakan terkini boleh membuat semakan segera di Portal Rasmi bantuan.

Berikut adalah panduan lengkap mengenai kaedah membuat semakan bantuan SKAS online, syarat kelayakan terkini, kadar bayaran, dan jadual pengkreditan.

Bagaimanakah semakan bantuan skas fasa 3 2026 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH TERKINI 2026 : SEMAK

APA ITU BANTUAN SKAS 2026?

Bantuan SKAS atau Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah inisiatif Kerajaan Sarawak kepada isi rumah dan individu yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah dalam bentuk tunai (bantuan kewangan) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup serta memenuhi keperluan asas penerima melalui barangan keperluan asas.

Bantuan SKAS dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) melalui baucar digital dalam aplikasi SPay Global untuk memastikan kredit atau wang bantuan tersebut digunakan pada saluran yang betul iaitu khusus untuk pembelian barangan harian di premis berdaftar.

TARIKH PEMBAYARAN SKAS MENGIKUT FASA

Penyaluran dana SKAS diagihkan secara berperingkat dalam 3 fasa sepanjang tahun :

FASA PEMBAYARAN SKASTARIKH PENGKREDITAN RASMI
Fasa 110 Mac 2026
Fasa 215 Mei 2026
Fasa 310 November 2026

KADAR BANTUAN SKAS 2026

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diagihkan secara berfasa kepada penerima yang layak dengan jumlah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAFASA 1FASA 2FASA 3TOTAL
Isi Rumah RM316RM424RM360RM1,100
Warga EmasRM166RM234RM200RM600
BujangRM100RM150RM125RM375

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS

Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);

Kategori & Kelayakan Penerima :

KATEGORI PENERIMAKELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;

Tiada had umur
Warga Emas Tanpa Pasangan
(Bujang)
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan

Had umur 60 tahun dan ke atas
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;

Bujang berumur antara 21-59 tahun; atau

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun

Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

SEMAKAN BANTUAN SKAS ONLINE

Status kelayakan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, klik [Cari].
  5. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)8002030112345
StatusLayak (Eligible)
Kategori (Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM950

CARA PENGKREDITAN BANTUAN SKAS

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan setiap fasa seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMEDIUM BAYARAN
Tanpa tunai (Baucar Digital)Aplikasi S Pay Global

Duit bantuan SKAS Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti beras, tepung.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SKAS

  • Adakah saya perlu membuat permohonan baharu bagi SKAS Fasa 3?
    • Tidak perlu. Kelayakan SKAS dikenal pasti secara automatik daripada pangkalan data STR dan pendaftaran SarawakID yang sedia ada.
  • Adakah baki SKAS dalam S Pay Global boleh ditukar kepada wang tunai?
    • Tidak. Kredit bantuan SKAS di dalam S Pay Global didatangkan khas untuk pembelian barangan keperluan asas dan makanan di kedai yang mendaftar.
  • Bagaimana jika status semakan menunjukkan tidak lulus tetapi saya merupakan anak kelahiran Sarawak (Kod K)?
    • Anda boleh membuat semakan status STR terlebih dahulu di portal LHDNM untuk memastikan pangkalan data pendapatan terkini anda berdaftar dengan betul.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SKAS https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/, serta dikongsikan bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca, dan semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SKAS (service.sarawak.gov.my).

Leave a Comment