BANTUAN AM 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM150 & RM500)

BANTUAN AM 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM150 & RM500)

Antara program utama yang mendapat perhatian ialah Bantuan Am Wilayah Pesekutuan yang disalurkan setiap bulan khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Am? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN KHAS AIDILFITRI : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM250 & RM500)

PENGENALAN BANTUAN AM 2025

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Bantuan Am Persekutuan khas untuk individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dapat memenuhi keperluan asas dan menjalani kehidupan yang lebih sejahtera setiap bulan.

TUJUAN BANTUAN AM

Antara tujuan pemberian Bantuan Am Persekutuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah untuk :

  • Memenuhi keperluan asas :
    • Bagi membantu penerima mendapatkan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan keperluan harian lain.
  • Sokongan sosial :
    • Memberi sokongan untuk mengurangkan kebergantungan kepada bantuan dalam jangka panjang dan meningkatkan keupayaan berdikari.
  • Alat pemulihan :
    • Membantu penerima kekal dalam komuniti tanpa perlu dipindahkn ke pusat perlindungan atau institusi lain.
  • Sumber kewangan sementara :
    • Memberi bantuan kewangan sementara sehingga penerima dapat mencari sumber pendapatan tetap.

KADAR BAYARAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN 2025

Dalam Belanjawan 2025 telah meningkatkan kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan seperti berikut :

BILANGAN PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN AM PERSEKUTUAN
IndividuRM150 setiap bulan
Isi RumahRM500 setiap bulan

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Untuk menerima Bantuan Am Persekutuan, penerima perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tidak menerima sebarang bantuan bulanan lain daripada JKM;
  • Kes-kes tertentu dengan keperluan khas boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AM 2025

Bagi yang telah memohon Bantuan Am Persekutuan boleh membuat semakan status kelayakan melalui laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
  3. Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
  4. Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status pemohon akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Am Persekutuan, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=cWZzb0pFRys1M0RoMktqUW5va0NVZz09.

Leave a Comment