BANTUAN MYSARA ONE OFF (SEMAKAN STATUS 2024 ONLINE)

BANTUAN MYSARA ONE OFF (SEMAKAN STATUS 2024 ONLINE)

Terkini! Menurut Kementerian Kewangan, mulai 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off berbanding sebelum ini dimana hanya kategori miskin tegar yang layak menerima, yang bermaksud kepada SEMUA penerima bantuan STR 2024 akan menerima bantuan ini.

Bagaimanakah semakan status bantuan mysara one off 2024 online? Ikuti maklumat lanjut di sini.

Baca juga: STR 2025 : PERMOHONAN, KEMASKINI, JUMLAH & BANTUAN ONLINE

APA ITU BANTUAN MYSARA ONE OFF

Bantuan MySARA One Off merupakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ditambah baik oleh Kerajaan Madani mulai tahun 2024.

Bantuan SARA kali ini, SEMUA penerima Bantuan STR FASA 4 2024 akan turut menerima bantuan ini dimana pelaksanaanya adalah secara TUNAI, dan pengagihan bayaran adalah sama seperti pengagihan bayaran STR iaitu secara pengkreditan ke akaun bank atau secara penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR FASA 4 2024.

SYARAT KELAYAKAN SEMAKAN PENERIMA BANTUAN

Penerima bantuan SARA ONE OFF 2024 yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang Sumbangan Asas Rahmah One Off:

  • Warganegara Malaysia.
  • 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Bermaksud kesemua penerima bantuan STR akan menerima bantuan Sumbagan Asas Rahmah One Off ini termasuk yang miskin tegar.
  • Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ini selaras dengan keprihatinan Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA ONE OFF ONLINE

Mengikut kepada siaran media Kementerian Kewangan, bantuan ini adalah bantuan tambahan kepada penerima STR 2024. Oleh itu, semakan status kelayakan dan bayaran boleh di lakukan seperti:

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus’.
  11. Selesai.

CARA PERMOHONAN BANTUAN MYSARA ONE OFF 2024

Untuk makluman anda, bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu memohon. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terima bantuan MYSARA ONE OFF ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSARA ONE OFF 2024

Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan, penyaluran bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 ini bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), secara berperingkat.

Kaedah pengkreditan dilakukan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima, manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

KADAR BAYARAN

Berikut merupakan jadual kadar bayaran SARA One OFF kepada penerima STR bukan miskin dan miskin tegar berperingkat mulai 9 Disember 2024 mengikut kaedah pembayaran STR kepada:

KATEGORI PENERIMA STR
BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR
KADAR BANTUAN SARA
ONE OFF 2024
Isi RumahRM 300
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
BujangRM 150

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini. Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

6 thoughts on “BANTUAN MYSARA ONE OFF (SEMAKAN STATUS 2024 ONLINE)”

Leave a Comment