SEMAK STATUS BANTUAN STR : 2026 SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Bagi membantu golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 bakal diteruskan lagi dengan peruntukan sehingga RM15 billion.
Bagaimanakah cara semak status Bantuan STR 2026? Sila rujuk panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA MOHON STR 2026 (DAFTAR BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
CARA TERIMA BANTUAN STR 2026
Pembayaran Bantuan STR bagi tahun 2026 akan dilakukan secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa dan setiap fasa, bayaran akan diterima oleh penerima melalui cara-cara seperti berikut :
- Penerimaan bayaran melalui akaun bank :
- Penerima yang telah mendaftarkan akaun bank yang aktif semasa permohonan akan menerima bayaran Bantuan STR melalui akaun bank tersebut.
- Penerimaan bayaran melalui kaunter bank :
- Penerima yang tiada maklumat akaun bank atau penerima berstatus ‘Gagal Kredit’ akan menerima bayaran Bantuan STR melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat sahaja.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Bantuan STR bagi tahun 2026 dibayar berdasarkan kategori dan kelayakan setiap penerima yang selayaknya. Berikut merupakan jumlah Bantuan STR bagi tahun 2026 kepada setiap kategori penerima :
- Isi Rumah B40 :
- Tiada anak : RM700.
- 1 – 2 anak : RM1,200.
- 3 – 4 anak : RM1,700.
- 5 anak ke atas : RM2,200.
- Isi Rumah M40 :
- Tiada anak : RM200.
- 1 – 2 anak : RM450.
- 3 – 4 anak : RM700.
- 5 anak ke atas : RM950.
- Warga Emas (Tiada Pasangan) :
- RM600.
- Bujang :
- Hanya akan terima bayaran SARA RM600.
SYARAT STATUS BANTUAN STR
Kerajaan telah menetapkan syarat-syarat kelayakan bagi setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang untuk menerima bayaran Bantuan STR bagi tahun 2026 seperti berikut :
| SYARAT | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia | Malaysia |
| Umur | Tiada had | 60 & ke atas | 21 – 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Kahwin / bercerai / balu (ada anak) | Bercerai / balu / duda / janda | Bujang / balu / duda / janda (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | <RM2,500 (B40) RM2,501 – RM5,000 (M40) | <RM5,000 | <RM2,500 |
SEMAK STATUS BANTUAN STR
Semua penerima sedia ada boleh mengetahui status kelayakan sama ada “Layak” atau “Tidak Layak” menerima bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026. Ikuti cara mudah untuk semak status kelayakan seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi STR 2026; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR 2026 akan dipaparkan.
- Sekiranya anda telah daftar akaun baharu, terus klik butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Kemudian, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata Laluan yang anda tetapkan.
- Terus klik butang [Log Masuk].
- Jika berjaya log masuk, Dashboard STR akan dipaparkan.
- Untuk semakan status, sila klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM BANTUAN STR
- Bilakah Bantuan STR Fasa 1 2026 akan dibayar?
- Bantuan STR Fasa 1 biasanya dilaksanakan pada bulan Januari dan Februari. Namun, bayaran untuk tahun 2026 masih belum diketahui.
- Adakah individu bujang juga menerima Bantuan STR 2026?
- Individu bujang hanya akan menerima bayaran Bantuan SARA sahaja sebanyak RM600 setahun.
- Bilakah tarikh permohonan Bantuan STR 2026 dibuka?
- Permohonan Bantuan STR untuk fasa 1 dibuka bermula 13 Oktober sehingga 28 November 2025.
- Dimanakah boleh mohon Bantuan STR 2026?
- Permohonan Bantuan STR 2026 boleh dikemukakan di portal rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Bagaimanakah cara penerimaan bayaran Bantuan STR 2026 sekiranya penerima tiada akaun bank?
- Penerima yang tiada akaun bank perlu mengambil bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
MAKLUMAT LANJUT STR
Maklumat dalam artikel ini berkaitan Bantuan STR 2026 adalah kami peroleh daripada sumber yang sahih melalui Portal Rasmi STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan STR, sila rujuk :
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel :[email protected]