SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

Pengkreditan Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima secara bulanan membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan asas di kedai yang berdaftar dengan menggunakan MyKad sebagai medium pembayaran.

Bagaimanakah semak senarai barang mykasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK MYKASIH SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

CARA PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima untuk penerima membeli barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

JUMLAH BANTUAN MYKASIH

Kadar Bulanan MyKasih 2026 disalurkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

CARA BELI SENARAI BARANG MYKASIH

Barang MyKasih boleh didapati seperti berikut :

  1. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 15 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  2. Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  3. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  4. Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAK BAKI MYKASIH

Baki duit Bantuan MyKasih Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi SARA;
  • Aplikasi MyKasih;
  • Di Kaunter Pembayaran Kedai Berdaftar MyKasih;
  • Resit Pembelian Barang MyKasih.

Semakan di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
  3. Tekan(Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

SENARAI BARANG MYKASIH 2026

Berikut merupakan senarai barangan MyKasih yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad :

KATEGORIJENAMA
BerasJasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
Telur CP, NutriPlus, QL Eggs
Minyak MasakSaji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni
TepungCap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros
BiskutMunchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng
Mi SegeraMaggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedaap
MinumanMilo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold
Makanan Dalam TinAyam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi
Bahan PerasaMaggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza
Produk Kebersihan DiriColgate, Dettol, Kotex
Ubat-Ubatan (OTC)Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar
Barangan PersekolahanFaber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata
Barangan Kebersihan RumahBreeze, Daia, Dettol pencuci, sabun pencuci lantai
Makanan Sejuk BekuAyam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku

CARA BELI BARANG MYKASIH

Berikut merupakan panduan membeli barang MyKasih :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

1 thought on “SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD”

Leave a Comment