SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Pelaksanaan bayaran Bantuan tambahan SARA secara one-off (sekaligus) adalah disasarkan kepada 3.5 juta golongan isi rumah dan 4.5 juta golongan bujang dan kesemua 8 juta tersebut telahpun disahkan oleh kerajaan.

Bagaimanakah semakan status penerima bayaran sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PORTAL SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (CHECK DUIT SARA ONE OFF RM300/RM150)

TARIKH PELAKSANAAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Bayaran Bantuan SARA secara one-off akan dilaksanakan pada tarikh seperti berikut :

TARIKH MULA
BAYARAN SARA ONE OFF
TARIKH AKHIR
BAYARAN SARA ONE OFF
9 DISEMBER 2024** DISEMBER 2024

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Antara kriteria kelayakan penerima yang ditetapkan untuk menerima bayaran SARA secara one-off adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Bantuan STR 2024;
  • Kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang;
  • Bukan penerima bayaran SARA secara ansur; dan
  • Tiada dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Ikuti panduan semakan status sebagai penerima bayaran Bantuan SARA secara one-off di pautan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Jumlah pembayaran Bantuan SARA secara one-off adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :

ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
RM300 / ketua
isi rumah
RM150 / individuRM150 / individu

KAEDAH PELAKSANAAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Terdapat dua (2) kaedah pelaksanaan bayaran Bantuan SARA secara one-off, iaitu :

  • Secara tunai :
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’;
  • Secara tanpa tunai :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

11 thoughts on “SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)”

Leave a Comment