PORTAL SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (CHECK DUIT SARA ONE OFF RM300/RM150)
Inisiatif bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah yang akan dibayar kepada penerima secara tunai sekaligus (one off) bermula hari ini akan melibatkan peruntukan perbelanjaan sehingga RM1.7 billion yang dibayar antara RM300 dan RM150 setiap penerima. Namun, masih ada yang belum mengetahui status bayaran Sumbangan Asas Rahmah.
Bagaimanakah semakan bayaran sumbangan asas rahmah diportal rasmi? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF DAPAT BILA : SEMAK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Asas Rahmah atau ringkasnya SARA adalah merupakan sebuah inisiatif yang diberikan sebagai bantuan tambahan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah.
Manakala pemberian Sumbangan Asas Rahmah yang secara sekaligus (one off) pula adalah disasarkan kepada 8 juta rakyat yang berpendapatan rendah dan juga berpendapatan sederhana.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah yang secara sekaligus (one off) akan bermula hari ini (9 DISEMBER 2024, ISNIN) dan berperingkat kemungkinan selama tempoh tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
KADAR AMAUN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Setiap penerima akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah dengan kadar amaun seperti berikut :
- Isi Rumah : RM300;
- Warga Emas : RM150; dan
- Bujang : RM150.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak menerima bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara sekaligus (one off) :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024;
- Kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang;
- Bukan penerima Sumbangan Asas Rahmah secara ansur;
- Tiada dalam rekod data e-Kasih berstatus miskin atau miskin tegar.
PORTAL SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Untuk mengetahui status bayaran Sumbangan Asas Rahmah, semakan hanya boleh dibuat pada pautan rasmi di bawah sahaja :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
PORTAL RASMI SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Ikuti panduan semakan status bayaran Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan [Lulus Bayaran RM300] atau [Lulus Bayaran RM150].
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.