SEMAK DUIT SARA ONE OFF 2024 (BANTUAN RM300 & RM150)
Perdana Menteri iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan dalam Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) bahawa duit daripada sumbangan Bantuan SARA akan dimasukkan berperingkat bermula 9 Disember 2024, Isnin (HARI INI) kepada 8 juta penerima.
Bagaimanakah semak duit sara secara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF (RM300/RM150)
SEMAK DUIT SARA
Untuk mengetahui duit daripada Bantuan SARA dimasukkan atau belum, anda boleh membuat semakan status pada pautan di bawah :
- Sila layari pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan [Lulus RM300] atau [Lulus RM150].
- Selesai.
JUMLAH PENERIMA DUIT SARA ONE OFF 2024
Seramai lebih kurang 8 juta penerima yang akan menerima duit daripada bayaran Bantuan SARA secara one off dan akan dibahagikan kepada dua golongan, iaitu 3.5 juta adalah golongan isi rumah dan 4.5 juta adalah golongan bujang.
KADAR PERUNTUKAN DUIT SARA ONE OFF 2024
Kerajaan telah mengumumkan bahawa penyaluran duit Bantuan SARA secara one-off akan melibatkan kadar peruntukan sehingga RM1.7 billion yang mana RM1.0 billion adalah untuk 3.5 juta isi rumah dan RM0.7 billion lagi adalah untuk 4.5 juta golongan bujang.
AMAUN BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Seramai 3.5 juta penerima yang merupakan golongan isi rumah akan menerima bayaran Bantuan SARA sebanyak RM300 bagi setiap ketua isi rumah dan seramai 4.5 juta penerima yang merupaka golongan bujang pula akan menerima bayaran SARA sebanyak RM150.
KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ perlu menuntut duit secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif pula perlu menunggu bayaran SARA dimasukkan.
PERMOHONAN SARA ONE OFF 2024
Berdasarkan makluman Kementerian Kewangan (MOF), untuk menerima bayaran Bantuan SARA secara one-off, tiada sebarang permohonan perlu dibuat kerana ianya akan disalurkan kepada setiap penerima STR secara automatik khususnya yang bukan penerima SARA secara ansur.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
Mohon penjelasan untuk saya tentang bayaran ini
Mohon Pihak LHDN semak dan penjelasan Bantuan SARA. Semakan sebelum ini saya lulus penerima Sara. Selepas tarikh tutup kemaskini STR 2025, kelulusan Sara saya hilang.