TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF (2024 BANTUAN RM300/RM150)

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF (2024 BANTUAN RM300/RM150)

Berita terkini! Bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM 300 dan RM 150 kepada penerima STR 2024 yang akan diagihkan tidak lama lagi.

Bantuan SARA atau sebelum ini dikenali sebagai MyKasih, telah ditambah baik oleh pihak Kerajaan, dimana KESEMUA penerima STR (bukan kategori miskin/miskin tegar) akan mendapat manfaat daripada bantuan ini secara one off.

Bilakah tarikh bayaran sara one off 2024? Ikuti maklumat lanjut di sini.

Baca juga: PERMOHONAN EKASIH 2025 (PENDAFTARAN BANTUAN ONLINE)

APA ITU SARA ONE OFF

Bantuan tambahan tunai (SARA one off) adalah berbeza daripada Sumbangan Asas Rahmah atau MyKasih sebelum ini. Penerima bantuan one off ini akan diberikan secara automatik kepada kesemua penerima bantuan STR 2024.

Kaedah penyaluran dan pemberian bantuan ini adalah seperti pembayaran STR iaitu secara TUNAI iaitu melalui pengkreditan ke dalam akaun penerima dan penunaian di BSN yang berhampiran.

Jadi, Sumbangan Asas Rahmah one off 2024 ini khas kepada semua penerima STR 2024 dimana yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar juga akan turut menerima bantuan ini, dan kelayakan bantuan adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  2. Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  3. Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah lulus.

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF

Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.

Kaedah bantuan ini akan disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 300
Warga emas tanpa pasanganRM 150
BujangRM 150

SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA

Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.

Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:

  1. Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Persoalan atau pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak yang berkuasa dan berwajib dibawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat ini untuk memudahkan urusan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Hotline/ Talian bantuan pihak berkuasa SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

Leave a Comment